Assalammualaikum... Dah berzaman rasanya aku tak jengah "Hanya AKu" aku ini... 'Setahun sudah bah' kata stacy! Muhasabah diri gamaknya he..he.. Sepanjang waktu itu macam-macam yang berlaku beb.. Dugaan, cabaran, kesakitan, peluang, kenangan, yang sangat-sangat memberi kesan dan merubah sejarah dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa sengsara! Payahnya la nak teruskan perjalanan ini??? Astagfirullah al azim...nasip baik aku sentiasa di ingatkan... 'kalau aku susah..ada orang yang lebih susah dari aku...' Itu yang membuat aku gagahkan diri untuk teruskan perjalanan ini.
Aku memang sangat-sangat bersyukur pada allah kerana menyihatkan tubuh bandan aku serta meletakkan aku di kalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan aku pada dia yang satu... Nasihat & bermacam-macam lagi la kata-kata org yang sememangnya aku dengar... 'Tak boleh ada perkataan 'kenapa' dalam hidup kita' (dan aku mengerti kenapa...) 'Dah bahagian kita la tu'(aku redha dengan ketentuan itu...) 'Org yang baik untuk org yang baik' (mana nak letak diri aku ini...?! 'Sabar je la, akan tiba masanya tu' (dan aku masih menanti hari itu...) Susahnya nak bahagia!!!
Di usia dan waktu ini, rasanya tak banyak lagi yang aku harapkan lagi (selain dari cerita-cerita realiti, donggeng, romantis, komedi kah..kah..kah..perasan lg tu...). selain dari berdoa sihatkan tubuh badanku agar boleh ku gunakan tulang empat kerat ku ini bagi mencari rezeki di dunia dan memohon diberi hidayah agar mendapat petunjuk untuk berada dijalan yang diredhai serta mengharap dapat menyempurnakan impian & kebahagiaan kedua ibubapa serta anak-anak ku.. Aku...?!
'Ya allah! ampunilah segala dosa-dosa ku, dosa-dosa ku yang telah lalu, sekarang atau yang akan datang. Dosa yang sengaja aku lakukan dan yang tidak sengaja aku lakukan, dosa-dosa kecil ku, dosa-dosa besarku. Dosa kaum muslimin dan muslimat lelaki atau perempuan, yang hidup atau yang telah mati. Ya allah! Bukakanlah pintu hati ku, anak-anak ku, semua ahli keluarga ku untuk berada dan beriman dijalan mu. Jadikanlah kami orang yang soleh dan solehah dan mendapat tempat di syurga mu. Ya allah! Lindungilah aku, anak-anak ku, dan seluruh ahli keluarga ku dari godaan serta ganguan syaitan yang direjam. Sesungguhnya ya allah! hanya engkau yang mengerti segala yang tersirat dan yang tersembunyi didalam hati ku ini. Segala puji bagi allah tuhan semesta alam yang maha pemurah lagi maha penyayang... Amin..amin ya rabbulalamin...' (Doa yang aku pohon selalu)
4 ulasan:
Aamiin...
Amin kan jugak :-)
Salam kenal.. dah follow sini :-)
terima kasih intan..salam kenal gak..
utk kau juga nita... aminnnnn...
Catat Ulasan