Pengikut

Selasa, 27 Ogos 2013

Donut Untuk Santapan Pagi Ku..

      Assalammualaikum..masih lagi dengan mood raya?! Samer la kita ye! Tapi hari ni teringin lak nak makan Donut..balance tepung2, Marjerin & gula-gulaan masa buat Kuih Raya hari tu banyak lagi.daripada terbuang camtu je, aku pun merajinkan diri la untuk buat Kuih Donut ku ini.. Kuih Donut!..ala..korang pun pejam mata je buat kan?!!..tapi ni cara aku yeh.. Jom sarapan sekali?!!... :-) 

Kuih Donut Ku..

Resepi Donut ku..

Bahan2nya:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar yis ( campur dgn air suam sikit, biarkan jap)
2 sudu besar butter cair
250ml susu segar
gula halus@aising & serbuk kayu manis

Cara2nya:
- alah korang campur je semua bahan tadi, uli la sampai lembut & sebati.
-pastu rehatkan jap doh tu dalam sejam ke, dah naik tekan2kan doh tu, utk buang angin.
-biar lg sekejap, dah naik sIkit boleh la dibentukkan ikut sukahati korang.
-goreng hingga kekuningan, pastu dah masak bolehlah digaul dengan gula halus @ aising & sedikit serbuk kayu manis.

Ni Butter yang aku cairkan..

Masukkan kedalam adunan tepung & uli sampai sebati..

Rehatkan tepung sekejap..

Ni tepung yang dah naik 2x ganda dari saiz asal..
tekan2 sikit untuk buang angin..pastu biarkan naik lagi sekejap..

 Bentukan ikut sukahati korang la..

Goreng hingga kekuningan..


Dan angkat..gaul rata dalam gula halus & serbuk kayu manis..

Tada!!! Dah siap! ni la Kuih Donut Aku..

Bye..Bye..


3 ulasan:

Annamariana1989 berkata...

alahai, tetiba rasa nak makan pula :)

azlia berkata...

ha..ha..anna tgk masa perut tgh lapar mmg le..

Lieya Von Jay berkata...

boleh cuba ni ^_^ akak dah lama teringin nak buat donut tapi sampai sekarang pon tak buat2 ^_^