Pengikut

Khamis, 17 April 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese..

      Assalammualaikum..minggu lepas aku buat Kek tau..dah lama aku geram kat Kek ni..baru hari tu la aku berkesempatan membuatnya. Kek Coklat Kukus lapis dengan Cream Cheese ni sedap beb! sebab tu la top dikalangan bloger2 masakan. Kalau korang pergi blog dorang ni, tengok la..resepi dia sama je..cuma di perindah & di sedapkan lagi dengan kreativiti masing2. tak caya tengok blog hana family & blog
dapur tanpa sempadan ni..sama kan?! Aku ikut sebiji resepi dorang ni..arrr..cuma..tetiba lak time aku bersemangat nak buat..sekali tengok serbuk koko habis daaaa.. aduss nk keluar malas...hemhhh aku masuk je la coklat masakan..sebab tu Kek aku tak hitam daaaa...he..he.. Tapi sedap gak..terasa cheese & coklat tu tau...slup..slup.. Layan Album aku ni ye..


Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese..



Resepi..( aku copy paste je la ye dari blog hana family..malas la nak taip..korang pergi la melawat hana nanti )

BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara
- Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara

- Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah        diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA :-

- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20    minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna  aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan  kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Mcm biasa, pukul gula & telur dulu..

Ni semua bahan dah dimasukkan & dipukul sebati..
kalau kek kukus mmg cair sikit..

Semua bahagian dah ready nak dikukus satu persatu..
masukkan bahagian coklat dulu..

Cheese yang dah keras sedikit..

Masukkan pula bahagian yg ketiga..

Tada!!! dah siap!

Ni la Kek Coklat Kukus Cream Cheese aku!


Bye-bye..


12 ulasan:

AwekTrader berkata...

nak kena cuba ni

azlia berkata...

try la..pastu letak ganache..terbaekk..

y i e n berkata...

aduhh.. mcm sedap je ni :)

Unknown berkata...

nampak sedap..boleh cuba hujung minggu nih..kena beli bahan dulu la..

azlia berkata...

pink velvet.. mmg sedap x tipunyer...ha..ha..

azlia berkata...

diana..cuce jgn x cube..terbaekkk.. hu..hu..

Kamsiah yusoff berkata...

ada lagi tak...hantar sikit..:)

Jejari Menaip berkata...

wow bestnya..:)

aizamia3 berkata...

ubahsuai ikut kreativiti anak tekak kita.. hehehe.. ;)

azlia berkata...

kamsiah maap ye..kami pun x cukup tu..sekali hadap je..cheese & coklat mmg terbaekk! lain kali kena wat 2 adunan..baru cukup kot!he..he..

azlia berkata...

ikhwan jom makan!!!

azlia berkata...

http://aizamia3.blogspot.com/ ikut dan la..pakai je apa yg ada..jgn membazir..janji sedap..