Pengikut

Sabtu, 21 Jun 2014

Untuk Tatapan Anakanda..

      Sehingga semalam genaplah seminggu aku tidak berjumpa dengan anakku semenjak aku menghantarnya untuk menyambung pelajarannya. Walaupun berat hati ini untuk melepaskannya pergi, tapi aku akur demi memenuhi tanggungjawap ku untuk memberi pendidikan kepada anak2 demi membentuk kerjayanya untuk berjaya dan mendapat tempat didunia ini dan mudah-mudahan di akhirat juga nanti..aminnn.
      Ketiadaannya umpama hilang sayap kananku..terhenti selangkah perjalananku untuk setiap urusanku..manakan tidak?!!.. Dia seorang yang tabah dan sangat memahami, sejak bapanya meninggalkan kami 10 tahun dulu dia telah mengambil separuh daripada tanggungjawapku sebagai sebagai seorang ibu..terima kasih anakku. Ketika itu usianya berusia 8 tahun, adiknya 2 tahun dan yang kecil berusia 6 bulan. Kami membina dunia kami sendiri dan saling bergantungan antara satu sama lain. Pada mereka akulah ibu, akulah bapa, akulah kakak, akulah kawan, akulah adik, akulah semuanya untuk mereka kerana aku boleh menjadi sesiapa saja pada mereka mengikut keadaan tertentu. 
      Anakku..semoga kau tahu pentingnya ilmu itu, kerana ia akan menentukan dimana kamu akan berada di dunia ini atau di akhirat nanti. Dengan segala bekalan ilmu, pengalaman dan pengajaran yang telah kamu ketahui atau lalui Ummi rasa sudah cukup untuk kamu membezakan buruk, baik dan dosa serta pahala sesuatu perkara itu agar kamu menjadi seorang insan yang berguna serta mulia dimata dunia..aminnn.
      Terima kasih kepada Along dan keluarganya kerana banyak membantu aku menguruskan semua urusan di hari pendaftaran itu..maklumlah ini merupakan pengalaman pertama aku. Alhamdulillah dengan bantuan ramai kenalan disekelilingku serta ahli keluarga semua..segalanya menjadi mudah untuk ku.. Jasa baik kalian Allah saja yang dapat membalasnya.




Ready to go! 

Kita makan dolluuu!!


Muka risaunya ketika mendaftar..

Nak cari bilik la pulak..

Nasip baik ada backup anak2buah ni..kalau tak sape la nak angkat beg yang berat2 tu..

Landing time!

Bergambar kenangan kat bilik takna!


Pesanan terakhir! Dengar ke tu?!!!

Basau giler tempat ni! kurus la anak aku nanti! ha..ha..


Jumpa lagi..
Bye..




6 ulasan:

Jejari Menaip berkata...

semoga berjaya diucapkan!

MHI berkata...

Subhanallah..
sampaikan salam Ishmah untuk anak bunda, ye :)

Ishmah pun anak sulong.. but Ishmah masih saja merepotkan :'(

azlia berkata...

Terima kasih ikhwan..

azlia berkata...

Terima kasih ishmah..inssyaallah ishmah masanya akan tiba juga nanti..

AwekTrader berkata...

Bersemangat. Selamat Belajar

azlia berkata...

ye fuza.. aja-aja fighting!!