Pengikut

Khamis, 3 Disember 2015

Cuti-cuti Melaka 2015

      Assalammualaikum dan selamat malam ye..dah hujung tahun ni..korang balik kampung ke pergi holiday memana? Aku pergi ke Melaka je..saje jenjalan..nak pergi jejauh aku tak reti..takut pun ye..kang tetiba sampai ke Singapore lak..ni pun guna waze ha..ha. Ingat nak balik kampung je kat Kuala Sungai Baru tu..sekali booking Hotel tu tak boleh nak cancel lak..so aku pergi la juga ke sana. 
      Memandangkan Hotel yang aku duduk kat kawasan bandar..so ke semua tempat yang aku pergi tu hanya berjalan kali je. Penat gak la..tapi nak keluarkan kereta, lepas tu jalan jem lagi dan nak cari parking lagi..buat aku lagi pening je..baik aku kerah anak2 aku berjalan kan..sekali sekala, pusing2 kat situ gak kan?! Untuk anak2..hanya ini je yang Ummi mampu..nak bawa jejauh Rm tak berapa nak ada lak kan..so harap2 anak2 pun happy dapat relaks sikit setelah setahun belajar kan. Layan Albun cuti aku ni ye..

Melaka Bandaraya Bersejarah!
Sesi fotografi ye..








Dataran Pahlawan & Mahkota parade Melaka..2 tempat tu kita boleh shopping kat sini.

Santai jap kat sini

Lobby Hotel

Bestnya kolam mandi..besau kau! tak ramai orang pun..dorang tak suka mandi kolam kot..aku anak beranak je yang taat mandi pagi petang..ha..ha..




Menara Taming Sari..dulu aku dah pernah naik..kali ni nak naik waktu malam lak..

Wahhh..gayat sikit..heee

River cruise Melaka..kali ni pun saje nak naik waktu malam..nak tengok lampu2. 

Ni memang aku tak pernah naik..sebab tak sampai hati lak nak tengok budak tu kayuh bawa aku ni..ha..ha..
tapi aku naik gak kali ni sebab anak2 teringin nak naik macam cerita penarik beca tu katanya.. 


Hari kedua pergi sekitar Pantai kelebang lak..katanya makanan sini sedap2 kan?!
tapi sedap gak la..tak la rugi aku guna waze cari.

Ni Muzium Kapal selam..saje nak tengok apa jadi dengan duit aku tu..he..he.


Haaa...ni aku tak boleh tahan..kata orang mesti pekena Coconut Shake & Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan ni.
So dengan menggunakan Waze aku mencari gak, nasip baik kedai mereka ni ada dalam Waze. 
Tapi Masya Allah..manusia punya ramai nak beli benda ni..uishh..tak sanggup aku nak menunggu tu.
Disebabkan Coconut Shake tu aku tak suka sangat so aku skip je la benda tu..malas nak beratur panjang. Tapi Kuih Keria ni aku sanggup tunggu sampai giliran aku, so setelah sejam menunggu..baru turn aku sampai, itu pun sipi2 je lagi nak habis. Orang lepas aku tu kena tunggu lagi sejam, sebab dorang nak masak lain..hu..hu.
Alhamdulillah merasa gak aku..memang sedaplah Kuih Keria ni..apa taknya..Gula Melaka tu dorang guna.. 

Aku rasa kan..macam nak pergi je Melaka minggu ni..hanya untuk beli Kuih Keria ni.. Korang rasa gila ke aku kalau aku buat cam tu?!!! he..he.

Jumpa lagi!!!




5 ulasan:

Mormor berkata...

heee, kita ada backpacking ke melaka 2 bulan lepas

azlia berkata...

Camne? Best X?

NEKCIK berkata...

Nekcik pun suka ke Mwlaka nih...tak puas puas..dah lebih 10 kali pergi tapi banyak tempat lagi tak sampai..insyaallah minggu depan..Melaka saya datang

azlia berkata...

Aah nekchik..sy pergi 3 hari 2 mlm..duk tul2 tgh bandau tu ingat sempat la nk pergo afamosa semua tu.. X habis nekchik. Mana nk cari coconut shake lg..mmg X dpt pun nk pergi ikan bakau parameswara semua tu.. Adeh.

Dhani Tour Bandung berkata...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA