Pengikut

Khamis, 13 Jun 2013

Roti Kismis Manis..

      Assalammualaikum...sudah 4 hari Sekolah bermula, bermulalah jadual seorang ibu...busy bonar roman ehh..he..he.. Dalam duk sibuk tu tekak ni teringin lak nak makan roti manis.. ahh' mengalahkan orang pregnant lak..ha..ha.. Sebenarnya boleh je aku pergi beli kat Mamak Roti tu, tapi ringan lak tangan ni nak buatnya, barang2 pun ada kat umah, apa lagi..bermula lah aktiviti membuat Roti aku...layannn...

 

Resepi Asas Roti:

bahan2nya:

400gm tepung roti
190ml air suam
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula kaster
2 sudu besar susu tepung ( aku tukar dgn susu cair..aku campur dlm air suam td.. so total liquid aku cukup2 190ml la..adjust je la kn)
1 sudu teh garam
1 biji telur 
kismis secukupnya

cara2nya:

-masuk gula, yis ke dalam air suam tadi, biarkan sebentar.
-masuk tepung, garam, marjerin, telur ,kismis & uli hingga sebati kemudian biarkan 1 jam.
-apabila dah naik, pukul sikit adunan tadi untuk buangkan angin dalam doh tadi. bulatkan & rehatkan lagi.
-apabila dah naik, bolehlah di buat pelbagai jenis roti seperti roti kelapa, roti sosej, roti kacang ke, ikut anda la.
-bakar sehingga masak ( ikut jenis roti yang anda buat)

Bahan-bahan yang diperlukan..


Aku buat Roti Kismis..so aku masukkan Kismis la..

Rehat kan sekejap..sampai naik 2x ganda saiz doh tu..

Dah naik..tumbuk2kan doh tu utk buang angin..

Bentukan mengikut jenis Roti yang anda buat..biarkan rehat lagi sekejap..


Ta'da...

Bye-bye..

9 ulasan:

nita berkata...

Kak ada lagi ker rotinya.. bagilah kat orang berpantang ni sikit :P

tenku butang berkata...

sedapnyaaa... err.. tepung roti tu camne yea??
hai.. salam kenal,
follower no.236
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Myra Jay berkata...

Nampak gebu dan lembut..
klau dah rajin sure buat punya kan bunda...hehee

Myra Jay berkata...

Nanti sempat MJ nak try buat la Sis.. Tq syer resepi

Tanpa Nama berkata...

Tepung roti nk beli Kt mn

azlia berkata...

ha..ha..sorry beb..kau tgk kn loyang tu besau mane? ngam2 abis anak aku makan..

azlia berkata...

mmg sedap..maklumla..buat ikut citer rasa sdri.. tepung roti tu tepung high protin.. ble cari kat kedai bakeri..x pun ble je pkai tepung gandum..pastu ltek skit bread improver @ emplex..

azlia berkata...

boleh sesangat..snang je.. 1 resepi macam2 jenis roti ble buat..

azlia berkata...

tepung roti @ high protin ble cari kat kedai bakeri..yg jual barang2 nk kek tu.. klu x pun ble pkai tepung gandum je..tambah skit pelembut roti..ok la tu..