Pengikut

Selasa, 18 Ogos 2015

Cinnamon Roll

      Assalammualaikum Bloger dan readers semua, lama tul aku tak menjengguk kalian semua kan, dasyat giler ler tahap kemalas aku ni. Kesibukan kerja disamping nak melatih staf baru dan tanggungjawap sebagai Ibu, nak ambil dan hantar anak ke Sekolah lepas tu ke Tuisyen pula, ditambah dengan malasnya itulah membuatkan Blog aku ni berhabuk dan berdebu tak di kemaskini. 
      Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dan share selama ni, tapi untuk permulaan ini aku nak tunjuk dulu sarapan pagi aku hari ni. Tada!!! Cinnamon Roll malas aku. Ni kes malam tadi la ni, tetiba tekak nak makan Cinnamon Roll ni lak, nasip baik bahan2 ada kat rumah, apa lagi tu dia! menguli baik punya pakai tangan beb..hu..hu. Dah siap semua nak bakar lak, punya malas nak tarik plug untuk pasang Oven, so aku bakar menggunakan Periuk Serbaguna Avon daaa..ha..ha. Jadi juga, dapat lah menghilangkan keinginan yang teramat untuk makan Cinnamon Roll tu..he.he. Layan Album aku ni ye..


Cinnamon Roll aku..

Bahan2:
300g tepung roti 
50g butter1 biji telur 
50g gula halus 
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh 
1 sudu kecil garam

BAHAN UNTUK FILING2-
3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka aku letak 2 sudu je)
60g gula perang 
20g butter-suhu bilik
20 gm walnut/badam cincangraisins (option- ikut suka) 

Cara buat roti:  

1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. ( disebabkan malas yang teramat melanda, nak pasang plug pun aku malas, so aku bakar menggunakan Periuk serbaguna Avon tu je..he..he)

BAHAN UNTUK ICINGI: (aku tak buat pun-tak sabar dah nak makan)

Glaze/goo:
-2cup gula perang lembut
-50g butter
-1/2cup thick cream/heavy cream
-1/2cup air
-1 sudu teh garam
-1cup kacang pecan/walnut (dibakar 170c dlm 3-5minit smpi wangi & cincang kasar)

Cara-cara GLAZE/GOO:
1. Cairkan butter,masukkan gula perang,kacau sebati.
2. Masukkan cream,air & garam,kacau sebati biarkan mendidih 5minit.
3. Sejukkan seketika.


Tada!! dah siap pun.





Bakar 3 biji je dulu malam tadi, nak makan punya pasal..ha..ha.



Jumpa lagi..




2 ulasan:

EEQA SHAHROM berkata...

Tq selalu share resepi menarik. Suka2

Kulit KUSAM? BERJERAWAT? TONA TAK SEKATA? Kulit tak secantik artis KOREA? Buntu dah cuba pelbagai cara? : VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

nurul berkata...

Sedapnya roti cinnamon roll ni


Sembelit ketika hamil? Seksanya, ikuti langkah-langkah pencegahan di sini : SEMBELIT KETIKA HAMIL