Selamat petang, korang dah minum petang ke? Tak tau nak makan apa? Jomlah buat Kuih Getas ni! Senang pun senang, sedap pun sedap..kejap je pun buatnya, tapi kena ada bahan la kan, kalau tak ada camne nak buat ekk?! heeee...
Kuih Getas ni memang favorite aku, 1st time aku makan masa kerja kat Keramat dulu. depan Lrt Jelatik dulu ada flat, bawahnya ada kedai-kedai. Hujung flat tu dulu ada pejabat Pos, kat depan Pejabat Pos tu ada orang berniaga Kuih2 & Pisang goreng, Kuih Getas ni pun dia buat juga, tulah 1st time aku makan. 'Ini kuih Getas, Kuih orang Banjar katanya' bila aku tanya nama kuih ini.
Baru2 ni aku teringin nak makan, tapi tak jumpa2 lak orang menjual Kuih ni. Sudahnya ternampak kat Moment Weechat kawan, mak dia buat Kuih ni, apa lagi..wasap la dia minta resepi. Masalahnya bila tanya orang2 tua ni resepi, dorang tak ada sukatan ye..semua main agak2 je. So aku pun agak2 juga la, ikut suka aku la ye..layan Album aku ni ye.
Kuih Getas aku..
Bahan2:
1 pek tepung pulut (1 pek tu 500g kan?)
1/2 biji kelapa parut ( yang putih je, kalau kelapa tu kecil, korang buat lah sebiji kelapa tu)
sedikit garam ( larutkan dalam air panas )
air untuk menguli
Cara2nya:
- satukan semua bahan, uli sehingga sebati dan tidak melekat di tangan
- bentukkan, ikutlah bentuk apa yang korang nak buat
- goreng hingga masak,
- taburkan gula halus
Sebatikan semua bahan macam ni..
Canai @ ikut la bnetuk apa yang korang nak buat ye..
Goreng sehingga kekuningan
Taburkan Gula halus
Tada! dah siap
Gula tu bolehlah adjust ikut rasa korang.
Jumpa Lagi..
2 ulasan:
sedapnyaa.... boleh try ni
Wah feveret ni. Nak try buat kat rumah. Tq 4 resepi
Kami mencari agen dropship seperti pelajar universiti dan suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan WERDA. Boleh lihat di sini: KOLEKSI WERDA SOFIA
Catat Ulasan