Pengikut

Sabtu, 28 Mei 2016

Kek Coklat Kukus Keju Koktel

      Assalammualaikum, selamat tengah hari semua..tengah buat apa tu? dah makan ehh?! Aku tengah kerja daa..bila nak ke tepi lak tak tau la..he..he. Aku nak tunjuk korang resepi Kek Coklat Kukus Koktel yang aku buat untuk rakan sekerja aku punya Birthday hari tu. 
      Resepi ni dah lama aku simpan, tak pernah try pun lagi, so sebab masa pun tak ada..aku try la buat sebab nampak macam senang je kan. Resepi ni aku ambil dari bloh izah muffin lover, terima kasih ye empunya blog sudi kongsi resepi dengan kami2 ni yang tak berapa reti nak membaking..he..he.


Ni Kek Coklat Kukus Koktel aku

Sedapkan?!



Bahan2:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk nescafe

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur
1 sudu kecil vanila

Cara2

- panaskan kukusan dulu dan sediakan loyang yang telah di glaze dengan butter.
- ayakkan semua bahan A - masuk dalam mangkuk.
- satukan semua bahan B - masuk dalam mangkuk bahan A tadi, kacau hingga sebati.
- masukkan telur dan vanila tadi kacau lagi sampai sebati semuanya.
- tuang dalam loyang tadi, kukus selama sejam atau sehingga masak, kemudian sejukkan kek tadi.

Bahan Krim Keju
 250gm krim cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar2 ( masak 1/2 cawan air dengan 1 sudu besar serbuk agar2 ) (aku guna air dari tin buah2 koktel tadi.
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel

Cara2

- pukul krim cheese dan gula hingga sebati
- masukkan yogurt
- masukkan air agar2 tadi
- tuang atas kek dan ratakan, ikut suka koranglah nak hias camne.
- tabur buah2 koktek tadi.
- sejukkan kek beberapa jam.
- potong dan hidangkan



Senangkan?! yang penting sadap!



Aku tambah buah strawberry atas tu.



Ok..jumpa lagi



2 ulasan:

Cik Haziqahh berkata...

sedapnyaaa. nak cuba la nanti :'))

Nabila Syifa berkata...

topping tu nampak meriah.sedap nyumm3