Pengikut

Sabtu, 25 Jun 2016

Rich Chocolate Pudding Again and Again

     Selamat petang semua..dah siap ke masak untuk buka puasa? aku pun dah..dah siap...siap beli kat kedai..kerja sampai malam hari ni..hwaaa... Time kerja ni..perkara paling benci ialah fikir nak buka puasa apa petang ni! Memang tension! tak tau nak makan apa pulak petang ni. Hendak2 macam aku ni..dah kerja kat sini dekat 20 tahun, cer korang bayangkan berapa kali aku dah buka puasa time kerja, berapa banyak aku makan kat area sini je..dah penat muak wooo..
      Baru2 ni kan banyak orang buat delivery makanan, semua best2, ada yang murah2, ada yang mahal gak. tapi pa'rak gak la nak membelinya sebab selalunya minimun order mesti paling sikit 3 set. Kadang tak cukup korum..tak merasa ler... 
      Ni aku nak tunjuk kat korang, petang2 cam ni..time dekat nak berbuka puasa ni, cer tengok gambau tu..tertelan gak air liur kan..he..he. Ni Rich Chocolate Pudding aku buat hari tu..selalu dah aku buat benda ni kan..bentuk je lain2..dah sedap..buat selalulah. Apa lagi..layan Album aku ni ye.


Rich Chocolate Pudding Aku.




Resepi Rich Chocolate Pudding

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4.untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan
Tuangkan kedalam acuan


Ok jumpa lagi..
selamat berbuka puasa..



3 ulasan:

SpendaLusuh berkata...

sedapnya... meleleh air liur...

Scya Lollita berkata...

wah wahhh boleh try ni

Nurul Aini berkata...

sedapnyee nampak