Pengikut

Isnin, 4 Julai 2016

Cornflakes madu

      Assalammualaikum...dah 29 Ramadhan kan?! aku baru nak buat kuih raya ni..baju pun tak abis jahit lagi ni.. Errr...nak minta postponed hari Raya boleh?!!! bagi lagi 2-3 hari lagi boleh?! banyaknya kerja nak buat...hwaaaa!!!
      Cornflakes Madu ni pun terkejar-kejar aku buatnya, anak asyik duk tanya je bila nak buat Cornflakes Madu ni. Nasip anak-anak dah besar, so dorang la yang masukkan Cornflakes dalam paper cup tu.
Okay..aku nak sambung jahit baju jap..korang layan Album aku ni ye..


Cornflakes Madu aku..


Cornflakes Madu Aku
Bahan2:

Bahan A
200g cornflakes
100g almond flakes ( sangai sekejap )

Bahan B

110g butter
90g gula halus
6 sudu besar madu
1 sudu besar golden syrup

Cara2:

- campurkan bahan B, panaskan atas kuali sehingga sebati (gula dah larut )
- masukkan bahan A dalam kuali, kacau sebati.
- sudukan dalam paper cup, bakar sekejap dalam 7 minit, 175C atau bergantung pada oven masing2 ye.


Masuk semua sekali kacau sebati

Susun dalam paper cup, hiaslah mengikut citarasa korang

Tada!!! nak try?!!



Jumpa Lagi..





1 ulasan:

MisDiarios berkata...

fuyooo sedapnye..