Pengikut

Sabtu, 30 Julai 2016

Tepung Pelita Moden Aku

      Assalammualaikum, selamat tengah hari. Macam panas je kat luar tu kan?! Kalau dapat makan Kuih Tepung Pelita sejuk yang baru keluar dari Peti Ais sedapkan?! Mana nak cari ni grrrrrr... 
      Terlanjur tekak teringin makan kuih tu, tapi nak buat tak dapat sebab tengah kerja sampai malam ni, so aku nak tunjuk kat koranglah Kuih Tepung Pelita yang aku buat dulu. Sebab tak ada Daun Pandan, so masuk je la dalam bekas plastik tu. Resepi aku google je, ambil yang mana paling senang. Cer korang tengok resepi dia, senang kan?! Cubalah! Layan Album aku ni ye.



Tepung Pelita Moden aku


Tepung Pelita Moden

Bahan Hijau bawah:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula ( aku buat 3/4 cawan je )
5 cawan air pandan ( air tadi blander dengan 5 helai daun pandan, kemudian tapiskan )
sedikit garam

Cara2:
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas yang korang nak guna tabur sedikit gula.

Bahan Putih Atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
sedikit garam

Cara2: (sama macam diatas )
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas bahagian hijau bawah tadi.
- biarkan sejuk dahulu sebelum dimakan.

Lebih kurang pekat macam ni lah, lepastu meletus-letus wap keluar tu kan..he..he. 

Masukkan dalam bekas, tabur gula sedikit (benda tu panaskan, nanti cairlah gula tu)


Letakkan bahagian putih atas tu pula.

Tada!!! dah siap.



Jumpa lagi



6 ulasan:

Keyk Hu berkata...

nampak sedap! :3

azlia berkata...

He..he.
Buat sdri mmg sedap. Letak santan pekat2..sedapla.

azlia berkata...

He..he.
Buat sdri mmg sedap. Letak santan pekat2..sedapla.

Az Amiq berkata...

Ni mesti sedap gila, kirim sikit boleh?

Nadhie Wueen berkata...

sedapnya tengok... terliurnyaa.. btw tengkiuu kak for recipe :)

Sha berkata...

uuuuuu...nak cuba laaa..hihih ^_^