Pengikut

Rabu, 15 Ogos 2012

1st DAY PUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Fuhhh! Lagi beberapa hari lagi nak Raya!!! Arrghhh baju raya x habis jahit lagi ni. Tahun ni, kuih raya pun x sempat buat, kena buat kuih tunjuk je la nampaknya..kejap je masa berlalu..Ramadhan da nak meninggalkan aku...amalan!!! hmmm...Sempat x aku merasainya lagi! Semoga ibadah ku & semua umat Islam diseluruh dunia di terima oleh Allah..

Zaman dah berubah, semuanya ikut peredaran masa,
termasukla Kad2 Raya..
da lama x merasa dapat Kad Raya..
kalau da teringin sangat, kena la beli untuk diri sendiri..hu..hu.

(gambar aku ambil kat google)

1st day berbuka kat tempat kerja, bukan apa minggu ni aku kerja petang, so terpaksalah buka puasa kat sana dengan anak2. Sebab pagi ada masa so aku masak siap2 untuk buka puasa nanti. masak yang simple2 je, jadi boleh la simpan duit raya he..he..

'Nasi Lemak Koboi'
He..he..Sama je macam korang masak, cuma x de kacang & ikan bilis, lagipun aku nak cepat masak so cepat la aku dapat jahit baju.
 
  
Erna & Shasha sewaktu menunggu waktu berbuka.
ehh! cucur kentang pun sempat wat ape..cicah dengan Sambal Tumis Ikan Bilis, sedap gak tu!!!

Tina...melopong je!! he..he.

1st puasa hari tu aku berkesempatan untuk berbuka puasa bersama mak & ayah.. Kebetulan waktu tu aku kerja pagi, pastu jatuh hari sabtu, lepas kerja je aku & anak2 bergegas la cabut balik umah mak, nasip baik sempat,
dapat gak teman mak & ayah buka puasa. 
1st day tu.. kang sedih lak dia buka puasa berdua je..
Mak masak simple je, yang penting tapi anak2 happy.

Sorry la gambar x cantik..yang ni semua masak sendiri tau, x de beli pun, kuih je la ada beli sikit dalam pinggan biru tu. Yang penting  cucur udang buat sendiri..hwaa.ha.ha..

Cucur Udang..nyam..nyam..peveret tu..


Kuih Buah Melaka

Ayam Masak Merah.

Pajeri Nenas

Manisan

Yang penting ada YUSUF TAIYOOB..he..he.


Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan Ya Ramadhan

  Salam Ramadhan... Ramadhan tahun ini bermula pada hari sabtu 21/07/2012. Alhamdulillah..bersyukur aku kerana berkesempatan untuk menikmatinya lagi... Benarlah kata Allah bulan Ramadhan bulan penuh nikmat dan hikmat. 1st day puasa da nampak nikmatnya...mana tidaknya... dengan cahaya pagi yang terang, angin sejuk yang sepoi-sepoi, paling best perjalanan aku ke tempat kerja dari puchong ke setapak CLEAR..hu..hu.. Macam Raya pulak. Banyak warga K.L. balik ke kampung kot untuk berpuasa bersama keluarga tercinta... Bagus..bagus..bagus...Bak kata BOBOI 'Samer dengan kite'..he..he.. Kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan 'Selamat menyambut Ramadhan kepada umat Islam di seluruh pelusuk dunia ini...serta ampun dan maaf ku pohon atas kesalahan yang aku lakukan jika aku perjalanan aku sampai disini sahaja...'
Aku juga ingin berkongsi untuk pertontonkan sedikit sebanyak gambar2 masjid yang ada di seluruh dunia ini. Gambar2 ini aku ambil dari blog  ardi-lamadi.blogspot.com
Kalau nak tengok besar sikit gambar tu.. klik kat gambar ye..


 MASJID KRISTAL DI TERENGGANU-MALAYSIA
 


 MASJID DI AKHALTSIKHE-GEORGIA

 MASDIJ DI BANGLADESH

 MASJID DI GAUTENG-SOUTH AFRICA

 MASJID DI KAZHSTAN

 MASJID DI KYRGYZSTAN

MASJID DI PUTARAJAYA-MALAYSIA

MASJID DJAMIE ASR DI BRUNEI

MASJIS GREAT DI XIAN-CHINA

MASJID FAISAL DI ISLAMABAD-PAKISTAN

MASJID DI KOUTOUBIA DI MARAKESH-MOROCCO

MASJID KUL SHARIF DIKAZAN-RUSSIA

 MASJID LARABANGA DI GHANA

 MASJID NABAWI DI MADINAH

 MASJID DI FUKUOKA-JEPUN

 MASJID FATMADI DI KUWAIT

Selasa, 17 Julai 2012

Tanzil - Quran Navigator

Tanzil - Quran Navigator

Bismillahhirrahmannirrahim... link ni aku letak kat blog aku supaya senang aku nak mengingatkan diri aku.. agar di mana aku berada boleh la aku membaca Quran sikit2. Tak de la alasan tak boleh baca sebab Quran kat rumah.. Sekarang da senang.. selain ada Quran digital.. ada internetkan! ada hp kan!  Boleh leh jadi renungan..

Isnin, 4 Jun 2012

'Hanya Aku' aku!

Assalammualaikum... Dah berzaman rasanya aku tak jengah "Hanya AKu" aku ini...  'Setahun sudah bah' kata stacy! Muhasabah diri gamaknya he..he.. Sepanjang waktu itu macam-macam yang berlaku beb.. Dugaan, cabaran, kesakitan, peluang, kenangan, yang sangat-sangat memberi kesan dan merubah sejarah dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa sengsara! Payahnya la nak teruskan perjalanan ini??? Astagfirullah al azim...nasip baik aku sentiasa di ingatkan... 'kalau aku susah..ada orang  yang lebih susah dari aku...' Itu yang membuat aku gagahkan diri untuk teruskan perjalanan ini.

Aku memang sangat-sangat bersyukur pada allah kerana menyihatkan tubuh bandan aku serta meletakkan aku di kalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan aku pada dia yang satu... Nasihat & bermacam-macam lagi la kata-kata org yang sememangnya aku dengar... 'Tak boleh ada perkataan 'kenapa' dalam hidup kita' (dan aku mengerti kenapa...) 'Dah bahagian kita la tu'(aku redha dengan ketentuan itu...) 'Org yang baik untuk org yang baik' (mana nak letak diri aku ini...?! 'Sabar je la, akan tiba masanya tu' (dan aku masih menanti hari itu...) Susahnya nak bahagia!!! 

Di usia dan waktu ini, rasanya tak banyak lagi yang aku harapkan lagi (selain dari cerita-cerita realiti, donggeng, romantis, komedi kah..kah..kah..perasan lg tu...). selain dari berdoa sihatkan tubuh badanku agar boleh ku gunakan tulang empat kerat ku ini bagi mencari rezeki di dunia dan memohon diberi hidayah agar mendapat petunjuk untuk berada dijalan yang diredhai serta mengharap dapat menyempurnakan impian & kebahagiaan kedua ibubapa serta anak-anak ku.. Aku...?!

'Ya allah! ampunilah segala dosa-dosa ku, dosa-dosa ku yang telah lalu, sekarang atau yang akan datang. Dosa yang sengaja aku lakukan dan yang tidak sengaja aku lakukan, dosa-dosa kecil ku, dosa-dosa besarku. Dosa kaum muslimin dan muslimat lelaki atau perempuan, yang hidup atau yang telah mati. Ya allah! Bukakanlah pintu hati ku, anak-anak ku, semua ahli keluarga ku untuk berada dan beriman dijalan mu. Jadikanlah kami orang yang soleh dan solehah dan mendapat tempat di syurga mu. Ya allah! Lindungilah aku, anak-anak ku, dan seluruh ahli keluarga ku dari godaan serta ganguan syaitan yang direjam. Sesungguhnya ya allah! hanya engkau yang mengerti segala yang tersirat dan yang tersembunyi didalam hati ku ini. Segala puji bagi allah tuhan semesta alam yang maha pemurah lagi maha penyayang... Amin..amin ya rabbulalamin...' (Doa yang aku pohon selalu)

Selasa, 7 Jun 2011

Teater Terima Kasih Cinta

Salam semua... mak aii... da berkurun rasanya aku x buka blog aku nih!!! Macam la busy sangat.. ha..ha.. Pada 6 mac 2011 yang lepas aku menonton Teater Terima Kasih Cinta di Istana Budaya. ni baru aku nak abadikan kenangan menonton Teater tersebut... Best la.. lakonan yang mantap dari barisan pelakon yang memang berbakat... semua boleh menyanyi dengan baik sekali... lagu-lagu yang dipilih dan di arrange semula pun best2 belaka. U all ni memang pandai la! da kata org seni kan.. cam tu la... Ktorg dengar pun happy je nyanyi sama... Apa pun... terima kasih kat kakak Ana, Tengku Azura sebab bawa ktorg sama menonton teater ni...

Coklat Terima Kasih Cinta...
Saja beli wat kenang-kenagan..



Antara pelakon2 yang menjayakan Teater TKC..




Bergambar dengan Ana..


Tengku Azura Top Model Malaysia..


Ahh.. Pelakon idaman Malaya... Jehan Miskin.
Jehan pun menonton Teater TKC...


Ni Arja Lee... Hero Filem '... Dalam Botol'.. He is very nice guy..


Ni Isma antara artis yg menonton Teatre TKC..



Oh!!! da tentu la ni Tony Yusof.... Pandai nyanyi dia ni..


Norish karman, Faradhiya & Nadia







Jumaat, 18 Februari 2011

Kek Cheese Coklat

Pada 3hb Feb. lepas birthday Ayahanda ku yg ke 64th...isk..isk..isk... tua da ayah ku..x perasan pun mase berlalu. Pada aku ayah tu sentiasa 40th je... dan aku mcm 20th je..ha..ha..
Birthday tu aku sambut sekali dgn birthday anak aku Shasha yg ke 10 thn... Shasha nak Kek Coklat, biasa la..resepi yg selalu aku wat tu la. Untuk ayah lak aku buatkan Kek Cheese Coklat, resepi aku ambil dari blog Che Mat Gebu...resepinya da lama aku ambil.. cuma baru ni yg ble try... Kek Cheese Coklat ni mmg sedap... rasanya pun x brape manis dan lembab. Krim pun best.. tp hiasan maaf je la... tangan kayu da... x de seni langsung..he..he...


Kek Cheese Coklat

Bahan-Bahannya :

130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Bahan Topping :-)
250 cream cheese
60 g gula aising, diayak
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

Cara membuatnya :-)

  1. Putar cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak), masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
  2. Masukkan cincangan walnut, gaul rata dan tuang dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175C, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  3. Pukul bahan2 untuk topping kecuali jus oren, pada kelajuan sederhana hingga putih. tambah jus oren dan pukul hingga rata. Sapu atas kek tadi dan ratakan. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.