Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

Chocolate Peanut Butter Fudge

      Hari ni aku buat Chocolate Peanut Butter Fudge. Resepi ni aku ambil dari buku Mom Recipe. Sedap Fudge ni sebijik macam makan Cloud 9, lebih2 lagi bila dah dicelup dalam Coklat. Sekarang kan dah cuti Sekolah, nanti ada beberape team anak buah nak sampai ni..so boleh la buat banyak2.

Ni la Chocolate Peanut Butter Fudge..
yang ni dah dicelup dengan coklat..


Yang ni yang telah disiap dipotong2..

Resepi:-

450g gula aising
450g marshmallow
450g peanut butter
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar margerine
4 sudu besar serbuk coklat ( kalau tak nak letak pun ta pe. jadi ler Penut Butter Fudge je )

Cara2:-

- Campur gula aising dengan fresh milk tadi, masak api sederhana dalam 5 min. (sehingga 234 degrees)
-  Alih dan dari dapur tadi, campur pula peanut butter, marshmallow, mergerine, serbuk koko & vanilla. kacau cepat2 sehingga larut semuanya.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminum foil @ loyang yang telah di greased dengan butter.
- Biarkan sejuk kemudian potong mengikut bentuk yang anda suka.

Marshmallow..geram kan!!!


Peanut Butter..


Kacau cepat!!! he..he..


Ha..dah larut kan..

Tuangkan..


Ta da!!! dah siap..


Yang ni dah dicelup dalam coklat..


7 ulasan:

Crack berkata...

Marshmellow!!! Ya allah sedapnya kak!!! Pos mai kat saya dua tiga ratus...nak buat dak dah ni...tangan laki kak, takat nak buat lempeng ok arrrr....hahaha

IntaNBerliaN berkata...

wah.. nampak pun dah sedap :-)

ANNA MARIANA berkata...

waaa....sedapnya coklat 2....

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

sedapnye,,senang je rupenye care nk buat,,nnt nk tryla =)

azlia berkata...

crack, intan, anna & norshahfeza sah2 mmg sedap ni.. ala2 cloud9 tu.. macam snickers pun ada.. ahhh...mmg sedap la...( akak mmg giler makan snickers)

Arjuna Silvera berkata...

huh sedap! .... lapar ni

azlia berkata...

sedap arjuna... :-)