Pengikut

Rabu, 12 Disember 2012

Remuk hati ku...!!!

      Remuk hatiku seremuk kereta aku ini.. Semalam sewaktu aku berhenti menunggu lampu merah seperti kereta2 yang lain disimpang empat Carrfour Wangsa Maju, dalam keadaan hujan yang renyai2 itu, tiba-tiba sebuah kereta Kembara meleju hentam belakang kereta aku. katanya brek kereta dia tiba-tiba je tak makan..sorb..sorb. Aduh! Terus aku terbayang macam mana ni, tak ada kereta sebulan dah tentu!!
      Mana taknya.. ni la satu-satunya benda yang terpenting sekali dalam hidup aku ini. Ketiadaanya menjadikan aku sengsara kesana-kemari..mencari & memikir jalan pulang..he..he.. Yela...aku kerja ada syif..bila kerja pagi, keluar rumah gelap gelita nak tunggu teksi lagi. Kalau keluar lambat kang jalan jem, tah berapa RM lak aku nak kena bayar, balik kerja lagi. Bila kerja petang...kang nak balik malam2 naik teksi risau gak sengsorang ni... Sekolah nak buka tak lama lagi, barang2 Sekolah belum siap lagi, macamana la aku nak bawa anak2 aku tu pergi.
     Apapun alhamdulillah aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab tak ada apa-apa kecederaan yang aku alami, selain kereta aku yang mau2 sebulan kat Produa tu... 'Ya allah...permudahkanlan segala urusan claim insurans aku tu & bukakanlah hati orang2 yang nak repair kereta aku tu agar kereta aku siap sebelum Sekolah buka nanti..amin..amin..amin..huk! .huk! huk!


Walaupun Kereta Viva aje..
ni je la..kekasih sahabat & teman aku.
(macam lagu Aisyah lak..he..he..)





10 ulasan:

s h a berkata...

Semoga semuanya dipermudahkan.Amin.

azlia berkata...

amin..amin...amin... thanks sha..

Unknown berkata...

teruk jugak tu... akak hari tu cikit jer tu pun habis dalam 4 ribu lebih...

nita berkata...

Semoga dipermudahkan Allah..amiin..

Sian akak, nasib baik akak tak apa2.. abih tu orang langgar akak tu ada tolong akak tak??

Nurul@km@l berkata...

cobaan.... mungkin nak dapat benda lebih baik kot. :)

Annamariana1989 berkata...

adusss... satu benda yang mencacatkan body kereta.. apa2 pon harap kak bersabar ye... dugaan...

azlia berkata...

ni yang tgh pening ni roha..walaupun claim insuran org yg langgar tu..tapi org produa cakap 15% akak kna bayar sdri sbb da x de 'gerenti' lg...

azlia berkata...

alhamdulillah aku x ape2... bdk tu nk tlg apa..orgnya ok,keta je yg truk, sama2 la p wat report kat balai polis..

azlia berkata...

ya.allah nurul...!!!! aminnn..aminnn..aminnn

azlia berkata...

nak wat apa lg anna...mmg bersabar la...hu..hu..