Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

Roti Sosej!!!

       Walaupun aku masih lagi kebinggungan dengan kemalangan yang aku alami 4 hari lepas..tapi aku masih gak nak jumpa kengkawan blog kesayangan aku ni untuk tunjuk Roti yang aku buat ni..he..he.. Sebenarnya aku dah banyak kali buat Roti Sosej ni, dah jadi makanan kegemaran anak2 lak. Selang beberapa hari je buat, kekejap buat, lantak mereka la..biar diorg makan sampai jemu kot baru diorg berhenti suruh buat.
     Resepi Roti Sosej aku ni sama dengan resepi buat Cinnamon Rolls yang aku buat hari tu (resepi asas membuat roti). Cuma yang ni korg belitkan sosej tu dengan tepung roti yang dah siap diuli & dah naik dohnya.. cuma Sosej tu je aku rebus dulu dengan bawang putih, garam & lada hitam sikit, bagi ada rasa sikit.
Sesetengah roti tu aku letak Sos Tomato @ Cili didalamnya. Doh yang sama juga aku letak inti didalamnya, seperti inti Kacang Merah & inti Kelapa...memang puas hati..


Roti Sosej aku yang ke 4 kali..

Ini Roti Sosej aku yang ke 3.. 

Roti Sosej aku yang ke 2..
lupa lak nak sapu putih telur diatasnya..
 

Roti Sosej aku yang pertama..

 Abby paling suka...
lapas mandi x menyempat-nyempat nak sikat rambut, punya nak makan Roti tu..


Bahan-bahan:

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
 


1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Canaikan doh, potong memanjang, lilitkan pada sosej tadi.

6. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.


Biarkan naik sekejap..

Dah naik bolehlah dibakar..

Dah siap..




11 ulasan:

Nurul@km@l berkata...

em dapnye. lapar!!!

azlia berkata...

he..he...jom makan?!

Ana Jingga berkata...

wah nampak sedap ni Insyaallah boleh cuba...tq Azlia sudi kongsi resepi disini...

Nazmin Nazifa εїз berkata...

waaa,nnti nak cuba la .. tp sosej tu blh ganti dngn ape erk ?? any idea ?? :S hohho

azlia berkata...

sesame anajingga...akak pu dpt resepi dr geng2 blog gak.. sesenang anajingga pun mesti ble watnyer..chaiyok!!

azlia berkata...

nazmin..resepi roti asas ni ble gak letak inti..kelapa ke, kacang merah ke, coklat ke, bbq... wat pizza pun ble gak..

Nazmin Nazifa εїз berkata...

ohh,orite,thanks!

s h a berkata...

Gebunye naik.Lapa plak tengok :)

lulu berkata...

oh sedapnya! nak cubalah..hehe~

Bunda_nora berkata...

dapat free ni tak ckup 1..

outbound malang berkata...

http://wisataoutboundmalang.com