Pengikut

Jumaat, 15 Februari 2013

Hantu Kak Limah 2...Husin, Mon & Jin Pakai Toncit!

     Hantu Kak Limah2.. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit...amboi panjang betui tajuk ehh! Sempat gak la aku bawa anak2 menontonnya, sibuk sangat budak2 tu nak tengok Kak Limah la, nak tengok hussin la. Aku ni pun bawa la kat pot biasa aku.. IOI Mall Puchong. Hantu Kak Limah2 nyehhh!!! Mmmm... Kak Limah dah sihat dah pun, wataknya pun jadi biasa je le.. Hussin lak dah bankrup..ate..wataknya pun biasa gak la..kene sorok dek hantu ayu..tu.. tak de le jadi hero menyelamatkan keadaan cam 1st movie dulu.. Pastu rupa ketua Jin tu pula guna khidmat Komputer.. mhhhm..lemah da aku menengoknya.. Jalan cerita pun ringan je..Kak Limah 1st, walaupun kita tau dia tu orang gila, tapi plot2 cerita dia best gak, dengan watak anak Mamat Khalid yang asyik suka menembak tu.. bomoh dvd temberang tu, bomoh siam yang menjampi dengan perkataan ke! ke! ke! part kak Limah bertenggek kat jamban tu, part soley! soley! kesemua watak ada perananya yang berkaitan antara satu sama lain..kira..best la. Walau pun Hantu Kak Limah2 aku gelak gak...tapi ada sikit frust gak la, tak de la aku pergi menontonya 2x kat panggung macam Hantu Kak Limah 1st dulu..he..he.. Camner pun anak2 suka sangat, jadi aku pun suka juga la.. Tapi....terima kasih gak la kepada pengarah2 juga penerbit2 kita di Malaysia ni kerana tak putus asa untuk mengarah &  mengeluarkan filem lagi & lagi & lagi. Walaupun kekadang ceritanya tah apa2, tapi sekurang2nya ia dapat mewarnakan lagi industri filem kita..

 Poster Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..

 Tengok wayang kan..kena la ada Pop Corn..


 Arwah Pak Zami Ismail..Al-Fatihah..

Watak baru ketua Jin..Rashidi Ishak.
 

 Ah' wie..he..he..

Antara adegan dlm Hantu Kak Limah2..

Lawo dah Kak Limah ni..


Layan je la Trailer HKL2 ni..




5 ulasan:

nita berkata...

yang penting anak2 happy ^_^

azlia berkata...

btul..btul..btul...

azlia berkata...

terimas..dah follow pun..

azlia berkata...

terima kasih..

azlia berkata...

thanks 4 d visit..