Pengikut

Sabtu, 2 Februari 2013

Kek Marble Trio The 3rd!!!

      Assalammualaikum kengkawan..dah lama aku tak makan Kek Marble ni! Asyik bagi tumpuan kat Red Velvet Cake je (cewah!)..he..he.. Saje je buat..tengok kat rak tu ada strawberry emalco tinggal sikit je lg..sakit mata lak..alang-alang baik aku habiskan..(sebenarnya memang duk teringat-ingat dari minggu lepas lagi nak buat Kek Marble ni..ha..ha..)
      Aku dah pernah cakap dulu..ni la resepi Kek Marble yang terbaik sekali yang aku pernah try! Aku dapat resepi ni dari blog mat gebu..memang best. Nanti aku letakkan link & resepinya sekali ye..

 Kek Marble Trio aku..
 


 BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega hingga kembang, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  2. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan  yang pertama tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau, pastikan hujung pisau sampai ke dasar adunan.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

* Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan sebelum membakar kek.

Adunan yang telah siap..


bahagikan aduanan kepada 3 bahagian untuk letak perisa & colour..
yang ni coklat..

yang ni strawberry..

yang ni plain je tapi letak esen ros..(macam mak2 kita dulu2 kan! pakai esen ros utk buat kek..hmmm..sedapnya bau dia..)
 
letak adauan yang berlainan selapis demi selapis, lepas tu lorek2kan..ikut suka andalah..

dah siap..bakar..

ni la rupanya bila dah keluar dari oven..

ta'da..dah siap..

bye..jumpa lagi!


4 ulasan:

Crack berkata...

Ini menjemput kelaparan agar datang di pagi buta ni. Hehe. Dahla kol 2.30 pagi kak. Boleh buncit cenggini...hahahaha

kak nora berkata...

cantik, berbelang belang...tentu rasanyer juga sedap..

azlia berkata...

he..he..rasenyer mmg sedap, mmg kene coklat tu bila + dgn strawberry tu, baupun...fuhhh..mengancam. klu minat kek marble tu, pastu makan resepi yg ni,..mmg terbaeek beb..

azlia berkata...

ha..ha..crack 2.30pg la sesuai makan kek ni dgn teh panas..sampai x terasa dah makan 4-5 keping tau..he..he..