Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

Russian Black & White Chocolate Cake Untuk Birthday Shasha Yang Ke 13 Tahun..

      Happy belated birthday Shasha!!! Disebabkan Shasha berada di asrama jadi aku menyambutnya pun hujung minggu je la sebab minggu tu Shasha tak boleh balik.. Sedih lak rasanya...sebab inilah kali pertama anak berjauhan dari mata..pastu sambut Birthdaynya sendiri tanpa keluarga, hanya kawan2 dorm je yang bersama bila dia memotong keknya itu..hu..hu.. Harap kawan-kawan sedorm sentiasa mengambil berat sesama sendiri & sayang-menyayangi antara satu sama lain memandangkan mereka juga jauh dari keluarga mereka..aminnn.
      Pening gak nak buat Kek apalah kali ini untuk Shasha.. Shasha nak Kek Coklat, saja nak try resepi yang lain..terbuka lak blog hana family dia amik dari geng2 blognya..TQ hana. Tengok Kek Coklatnya..geram lak rasanya..apa lagi..try la! Sebenarnya resepi lebih kurang je..lebih itu..ini..tapi dah kata nak try..try la resepi orang ni betul2!! Betul la kata hana "kek ni giler sodap! makan sambil pejam2 mata gitu." Kawan2 Shasha lak kata "Sedap giler Kek Ummi kau ni, nanti bawa lagi tau!" ha..ha.. Memang sedap beb! hari itu aku pun buat 2 biji Kek yang sama sebab satu nak hantar kat  asrama Shasha, habis orang kat rumah ni nak melopong je ke rasa cebisan2 kek tu! Kesian beb..jadi aku pun buatlah lagi satu biji kek.. terbaekkk!!!

Hari itu Shsha nak Maggi Goreng & Sate, so aku bawa sekali dengan Keknya itu..

Inilah Russian Black & White Chocolate Cake aku!


  Bahan-bahan (copy paste je dari blog Hana's Family)
·        170g tepung superfine*
·        1 sudu kecil baking powder*
·        1 sudu kecil soda bikarbonat*
·        1 tin susu cair (400g)
·        100g serbuk koko
·        200g minyak jagung @ minyak masak
·        250g susu pekat
·        250g gula halus - hana letak 210 jer
·        5 biji telur - blend 5 minit
o   Cara-cara
·        Ayak bahan yang bertanda *.
·        Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·        Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·        Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·        Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
·        Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  
·         200ml whipping cream (dairy)
·         500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·         1 sudu besar air panas
·         2 sudu besar sirap glukos
·         2 sudu besar butter
o  
Cara-cara
·         Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·         Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·         Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

o  
  RESEPI COFFEE CREAM CHEESE 
·         500g creamcheese
·         1 cawan butter lembut
·         1 cawan gula aising
·         1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)
o  
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

 CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

·         Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
·         Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
·         Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
·         Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

·         Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Dah siap..kukuskan kek tu..

Chocolate Ganache yang dah siap..

Nak nampak berbelang putih & hitam tu kena buat camni la..rupaner!!!

Homemade kotak Kek..kakak & adiknya yang conteng! suka lak kawan2 Shasha tengok! 


Ready nak hantar!

Happy Birthday sayang!..



Bye! bye!



Tiada ulasan: