Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

Gerai Makan Kegemaran Aku!!! Deli Muar & Gerai Sri Belangkas

       Gerai ini terletak di food court Desa Pandan, alaaa...satu jalan dengan Yong Tau Foo top kat Kampung Pandan tu! yang masuk Jalan-jalan Cari Makan tu! Bukan apa..berbelas tahun aku tinggal di Pudu, jadi memang laluan aku setiap hari. Western Food gerai ni biasa je..harga pun biasa je..tapi pelanggan memang ramai, hendak2 time hujung bulan, orang dapat gaji la katakan yang penting..sedap. Kalau bulan puasa lagi la..kadang kami tak sempat nak balik, tau la nak menempuh jalan Jelatik, pastu jalan Ampang, pastu menempuh jalan Pasar Ramadan Desa Pandan tu..makanya..terpasalah aku berbuka dengan Black Pepper Stick aku tu. Walaupun gerai ni dah berbelas tahun, dan dah bertukar pekerja, tapi masakannya..tak lari banyak rasanya..lebih kurang je..memang menepati citarasa aku & anak2..kurang-kurang sebulan 2 kali la aku makan kat sini. Walaupun ada banyak gerai yang menjual menu Western di Food Court ini, tapi gerai ini tetap menjadi pilihan kami, tukang masak gerai ini dah tau aku punya mesti ' Black Pepper Beef Stick' telur mata mesti masak garing2! Fuhh! Terbaekk! Anak2 punya biasa la..Fish & Chip & Sate. Tapi sekarang susah sikit..sebab aku dah pun berpindah, tapi tak susah, kalau dah teringin sangat aku pergi gak nanti.
      Untuk minuman senang je, gerai kat sebelah ada menjual minuman..' Gerai Sri Belangkas' Bukan itu saja.. gerainya juga menjual segala macam Burger, Spaghetti, Smoothie, Ais Blanded & macam2 lagi la yang ada. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan yang lain, sebab anak2 dah makan lak..he..he..layan je la gambar yang mana ada ni ye..


Ini la Gerainya..

Ok kan?!!!

Nasi Goreng Fish & Chip

Black Pepper Stick aku..

Inilah Gerai Sri Belangkas.



 Jumpa Lagi..


4 ulasan:

azlia berkata...

test!test!

azlia berkata...

test!

Unknown berkata...

Nie kedai hubby kita... paling dd suka lamb chop black pepper n fish n chipp... yummy

Amirul berkata...

Ada lauk belangkas ke sini?