Pengikut

Selasa, 25 Februari 2014

Cream Puff Chocolate aku..sebelum Oven aku Sawan!!!

       Microwave Oven aku Sawan da!!! Tension betul la!.. Time aku nak 'menerai' buat Cream Puff ni la dia buat hal. Punya la lama aku nak try buat Cream Puff ni tapi tak berkesempatan, alih-alih time aku bersemangat nak buat Oven buat hal lak..hu..hu..sadis! Dekat satu jam aku bakar..harammmm..Puff tu tak masak2, geram punya pasal aku goreng! hah..kau! sedap gak..habis tu tak kan aku nak buang doh tu kan! tu pun licin beb!!!
       Resepi ni dah lama aku ambil dari blog2 masakkan kegemaran, tapi aku tak ingat blog mana sebab dah lama sangat aku simpan. Resepi aku ambil dari 2 blog berasingan, Cream dia blog orang lain, Puff  dia blog borang lain..tapi lebih kurang je sebenarnya..yang penting sedap! hanya 5 minit je habis semua Cream Puff aku..mana taknya..makan sambil celup dalam coklat ganache tu..memey la sedap..hu..hu. Nak tengok tak resepi dorang ni?! aku copy paste je la ye..malas nak taip..he..he..

Cream Puff Goreng Chocolate aku..

Cream Puff Chocolate aku..yang...

Bahan Cream Puff / Pastri Choux 

100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya 
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah. 

2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper. 

3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut. 

4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan. 

5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan. 

* Oven aku sawan! so aku dapat bakar sekali je, pastu aku goreng..hu..hu.

COKLAT GANACHE
 Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua 
sudah cair angkat dan sejukkan.

Air, Mentega & Garam yg di satukan, pastu baru msk tepung kacau sebati hingga jd doh..

Ni la rupa doh tu..

Aku guna 4 biji Telur, sebab saiz kecil da.. 

Doh yg dah di campur dengan telur tadi..

Masuk doh dalam piping beg..buat la bentuk apa yang korang suka..

Tada!! ni Cream Puff aku..

Cream Puff sejam aku..hu..hu..

Ni Puff yang aku goreng!

Ni la Puff goreng aku yg baru di masak..ok la kan..

Siap dah letak Chocolate Ganache


Bye-bye..





4 ulasan:

noly anna berkata...

salam. sedapnye tgk cream puff tuuu hihihi kalau free boleh la singgah ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com :)

azlia berkata...

ala buatan sdri ..sedap je..hi..hi..

EidaDayah berkata...

sedapnya...

azlia berkata...

a'ah...