Sebenarnya I-City Snowalk ni aku pergi masa cuti Sekolah hari tu, seharian kami habiskan masa di I-City Shah Alam tu, pagi mandi kat Waterpark, petang kami pergi ke Snowalk, malam pulak City of Digital Light..yang ni nanti aku post ye..
Tiket sekarang tak macam masa aku pergi dulu, dulu ada pakej mandi & Snowalk Rm55, sekarang kena beli asing2. So tiket ke Snowalk sebelum pukul 6.00pm Rm25.00 untuk dewasa, kanak2 Rm20.00 seorang. Selepas pukul 6.00pm tiket untuk dewasa Rm35.00 & kanak2 Rm30.00 seorang.(kalau aku tak silap la, maklumlah dah lamakan, lupa lak).
Layan Album2 Snowalk aku ni ye..
Baru masuk ni..cewah!
Baju sejuk disediakan, cuma kasut je kena sewa Rm10.00 seorang berserta stokin sekali.
Utk pengetahuan korang, kalau tak nak sewa kasut, pakai kasut yang bertutup kalau pakai stokin lg bagus.
kalau nak tunjuk terror slamber je nak pakai selipar macam anak aku tu, abis la korang, mengelupur lari keluar sewa kasut sebab kaki dah kebas tak boleh berjalan da!!! ha..ha..
Abby & anak buah..Daniel.
Try la semua benda yang ada kat sini!
Serik la naik benda ni, sakit badan2 aku! hu..hu..
Ni kat bahagian luar..
Jumpa lagi!
2 ulasan:
seronok ya.."D
ok la ikhwan..utk pengalaman..nk pergi negara org entah bila lah!
Catat Ulasan