Pengikut

Jumaat, 4 Julai 2014

Kuih Cara Manis

      Kuih cara manis untuk juadah berbuka puasa aku semalam. Sejak kebelakangan ni Abby suka sangat makan kuih ni. Kalau ada Orang Klinik ni beli, dia lak yang bergasak-gasak makan Kuih Cara Manis orang tu. Ndak tak ndak aku sebagai Umminya kena la belajar buat Kuih Cara Manis ni..maka terus la aku kekedai Rm2 untuk beli acuan (tapi acuan ni bukan rm2 tau! ha..ha.). Walaupun aku tak suka makan kuih ni..demi anak (walaupun sorang je yang suka makan!) maka Google la mencari resepi.. Aku kalau nak cari resepi..aku mesti cari kat blog ni dulu, banyak resepi yang best2 kat sini, yang penting mesti jadi. Resepi Kuih Cara Manis ni aku ambil kat Blog Dapur Tanpa Sempadan..nanti korang tengok la sendiri..dorang pun ambil dari geng2 blog dorang gak..sebab tu korang tengok mana2 resepi lebih kurang sama gak. 

Ini la rupa Kuih Cara Manis Aku..

Jadi ler..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan (nak sedap guna santan fresh- aku pun pakai santan perah beb)
2 biji telur
3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
garam secukup rasa
gula secukupnya sebagai inti
sedikit minyak untuk lenser acuan

Cara2:

-blander daun pandan dengan santan kelapa tadi pastu tapis
-satukan semua bahan, kacau sebati
-tapiskan adunan tepung tadi
-panaskan acuan atas dapur dengan api yang sederhana
-bila dah panas oles minyak sedikit gunakan daun pandan yang tela  diikat & diracik hujungnya
-tuang adunan sehingga hampir penuh.
-letak sedikit gula, tutup permukaan acuan dengan tutup periuk
-masak hingga kuih jadi pucat & tak melekat bila dicungkil
-ulang step yang sama sehingga habis 


Rupanya senang je nak buat Kuih ni..
ni santan yang dah siap diperah.. 

Bahan2 yang dah siap dicampur..

Bakar!

Tada! Dah siap!


Selamat berbuka!
Bye-bye!



4 ulasan:

DILA ELLA berkata...

wah boleh cuba ni :)

Unknown berkata...

mcm kuih bahulu :)

azlia berkata...

a'ah ella...rupanya senang je nk wat nya.. Qaseh mmg pakai acuan bahulu pun..he..he.

Unknown berkata...

resep yang bermanfaat,,terimakasih