Pengikut

Jumaat, 8 Ogos 2014

Puding Karamel

      Masih di suasana Hari Raya lagi kan?! So Selamat Hari Raya!!!! Orang sibuk beraya..aku nak upload Puding Karamel yang 1st time aku buat ni lah. Aku buat ini khas untuk anakbuah kesayangan aku tu.. Ni kes hari tu lah..kami pergi beraya rumah orang, tuan Rumah tu menyediakan Puding Karamel ni..habis semua dia bedal. Dia cakap ' kalau Mak Lang buat Puding Karamel ni, Abang Lang boleh habiskan dalam masa beberapa minit je '. Aku pun apa lagi Google la cari resepi..ternyata senang je nak buatnya, cuma aku ragu2 benda ni dah masak ke belum, sebab tak keras2..rupanya dah sejuk baru dia keras betul ye tak?! Memang betul beb..dia habiskan sekejap je benda tu..ha..ha..Terima kasih kat orang2 yang baik hati ni sebab sudi nak kongsi resepi mereka tu. Layan Album Puding Karamel aku ni ye..resepi aku copy paste je ye.. 

Puding Karemel Aku.. 

Bahan2:

1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air - utk karamel
1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus je*
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
3 sudu besar gula
Esen Vanilla

Cara-
-Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
-Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
-Padamkan api

-Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg  sediakan
Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & ke step seterusnya pula

-Pecahkan 5 biji telur & pukul Asalkan telur kuning pecah & sebati
-panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
-Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
-Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api

-Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg dipukul & Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing

-tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus tadi
-Kukus dalam tempoh 20-30 minit
-Kalau puding masih cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai masak..kadang nampak je lembik lagi bila dah sejuk ok je.. 


Puding Karamel aku tengah kukus menunggu masak..


Tada..dah siap..
Aku guna loyang besar..tu yang nipis Puding aku ni..ha..ha.


Jumpa lagi!!

3 ulasan:

inahar ali berkata...

Lai..lai..laii..meh tgk resipi kek minyak!

Tanpa Nama berkata...

Halo Bloger Makanan! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
info@mytasteindonesia.com

Terima kasih,
Salam myTaste Indonesia,
Immanuel Kabuhung

azlia berkata...

Dah buat..mmg sadap! Hu..hu..