Pengikut

Jumaat, 10 Oktober 2014

Pudding Milo & Oreo

       Assalammualaikum...hari tu aku buat Puding lagi. Kali ni Puding Milo & Oreo aku ambil resepi dari blog Roz. Memang top Puding ni..memang terbaik la..patutlah nama asalnya dari blog roz tu Heavenly Milo & Oreo Jelly..tq Roz. Sedang baik punya mengambil gambar Pudding, lepas tu siap dah potong2 untuk dihidangkan...sekali lupa daa nak ambil gambar lepas dipotong. Layan je la gambar Puding aku mana yang ada ni ye..Resepi copy paste je ye..

Ni la rupa Puding Milo & Oreo aku..


BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Ni sesi memasukkan biskut Oreo pula..

Dah siap..tunggu nak keras je..

Bye-bye..


4 ulasan:

Diana Din berkata...

yummy yummy..sedapnya..rajin buat kudap-kudapan ^_^*

azlia berkata...

ha..ha..ni yang senang..tu yang mcm rajin je..

Nina Mirza berkata...

sedapnya...!! laju jer masuk tekak sejuk-sejuk. Nyaman....

memang sedap puding nie. Nina pun dah beberapa kali buat.

azlia berkata...

Sedap kan!!!!he..he..