Pengikut

Khamis, 29 November 2012

Sicilian Yogurt Orange Cake

     Dah beberapa hari aku tengok buah oren dalam peti ais aku ni tergolek-golek je seorang pun tak peduli. Kalaulah buah oren tu dah berpotong.. alamatnya tinggal pinggan je dalam peti ais tu!!
     Senang2 aku buat kek je.. semalam aku dah tanya bos aku resepi kek oren yang paling sedap sekali. Dia dah bagi tau dah, buat Sicilian Orange Kek, dia dah buat beberepa kali dah...paling gebu, paling lembut dan paling beroren sekali. Bos aku!.. tanya je apa kau nak masak! resepi mana yang sedap! nanti dia bagi la yang mana2 resepi yang dia dah penah try...gerenti seperti yang digambarkan! Tapi ni memang Kek Oren yang 'terbaikkk' yang aku pernah makan..hu..hu..
     Nak resepinya?! Nin diaaaa!!!

  Sicilian Yogurt Orange Cake


 Separuh aku masukan dalam cup.

 RESIPI SICILIAN ORANGE YOGURT CAKE

Bahannya


250 gm selfraising flour
250gm butter

250gm
gula caster
4 biji telur M

1 bekas yogurt
(140ml) 

85ml jus oren serta kulitnya yang diparut
1 sudu teh esen vanilla

cara:

1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Pukul butter serta gula kastor hingga kembang gebu.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu.pukul lg hingga kembang sebelum dimasukkan parutan oren,jus oren serta yogurt. kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 adunan tadi cukup sekadar rata. Pastikan semuanya sebati.
6. Bakar adunan selama lebihkurang 45-50 minit (ikut oven memasing).
7.Bila sejuk bolehla dihias kek dgn aising @ orange glaze ikut suka.

Icing :

125 g icing sugar
5 tsp orange juice


Lepas pukul butter, masukan telur satu persatu...


Masukan tepung, kacau pakai tangan je..

Aku masukkan separuh tepung tu dalam cup..

 Ni yang dah siap bakar..


 Dan siap dihias.. arrr.. ni aku nak bawa tampat keje!


Sebelum dibakar..


 Selepas dibakar..


Tada!!! dah siap.. jemput makan!





4 ulasan:

Bunda_nora berkata...

rajin mencuba, bunda tau makan jer...pandai tak pandai pun buat kek marble n kek batek jer..yg simple2 yg ank2 suka mkn..yg len beli jer..

Crack berkata...

Sedapppp -_-" Kak...tayang aja...bila nak letak tab "TEMPAHAN" ni? ^_^ Kak, mohon tunjukkan cemana nak buat "Durian Crepe"

azlia berkata...

ha..ha..crack..tempahan inssyaallah x kan ada ye..he..he..

azlia berkata...

saja je mencuba kak nora.. masa pun x banyak sangat,jd try yang senang2 je..