Pengikut

Isnin, 7 Januari 2013

Tandoori Chicken Pizza

       Salam petang kengkawan semua... hari ini aku nak tunjuk la Tandoori Chicken Pizza yang aku buat masa birthday hari tu. Resepi doh Pizza ni aku ambil dari salah satu blog fav. aku..blog Dapur Tanpa Sempadan . Resepi dari blog ni memang tak pernah mengecewakan aku..mesti jadi & sedap punyo! Bahagian atas Pizza tu korang punya suka la nak letak apa, kali ni aku letak Ayam Tandoori. Ayam tu aku perap dulu dengan serbuk tandoori ( yang segera punya je, banyak pilihan ada di pasaraya, pastu bakar ).
      Dalam satu adunan tu dapat la dalam 3 keping Pizza Regular ( cewah macam kat kedai pulak )..1 keping aku bagi yati sebelah rumah aku ni...berkali-kali sms pastu phone kata 'sedap sangat la kak' katanya, nak tempah suruh aku buat masa birthday anak dia nanti..ha..ha..aku ni kan busy..ndak2 Sekolah dah buka ni. Ni aku nak bagi resepi, kepada yati..ambil resepi ni ye...boleh cuba nanti..
  
 Tandoori Chicken Pizza Aku..

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
Sedikit pizza sesoning herb untuk ditabur
BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Sedikit Spaghetti Sos Kimbal ( untuk disapu diatas doh )
Ayam Tandoori ( yang telah dibakar tadi, kemudian diambil isinya )
Mozarella Cheese
Bawang & cili benggala ( letak la kalau suka )
Sedikit sesoning mix herb pizza ( untuk ditabur atas pizza )

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik. Biar doh naik (kurang lebih 1jam).
  2. Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 3 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 2 bahagian lagi.
  3. Sapu sos spaghetti secukupnya, tabur ayam yang diambil isinya, sedikit bawang besar. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Tabur sedikit pizza sesoning mix herb. Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan...

Ini la doh yang telah naik

Taburkan isi ayam tandoori tadi..
 

Taburkan cheese & pizza herb..

Tada..dah diap..
 










7 ulasan:

Unknown berkata...

hmmmm yummy ......

Unknown berkata...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak...follow blog awak

Ras Eko berkata...

Sepertinya sedaaaap dan bergizi. :D

azlia berkata...

air tangan sendiri kan...sedap saja..

azlia berkata...

tq..dah follow u punya gak tau..

azlia berkata...

he..he..

Tanpa Nama berkata...

kelihatannya sangat sedap