Pengikut

Isnin, 26 Mei 2014

Kek Marble Trio Aku..

      Kek Marble Trio! Kek ni pun dah biasa aku buat dulu. Hari ni aku buat untuk bagi kat kawan sebiji, untuk Shaha di asrama sebiji. Setakat ni kalau aku nak buat Kek Marble..tak lain dan tak bukan ini la resepi Kek Marble yang terbaik yang aku pernah buat.. Sayang orang yang mencipta & berkongsi resepi Trio Kek Marble ni..ha..ha..


Kek Marble Trio Aku..

Resepi aku Copy Paste je la ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega hingga kembang, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  2. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan  yang pertama tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau, pastikan hujung pisau sampai ke dasar adunan.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

* Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan sebelum membakar kek.















Tada! sila cuba ye..


Jumpa lagi!
Bye-bye!





1 ulasan:

Zen berkata...

Wow! nak try ><
Nak resepi moist chocolate