Pengikut

Sabtu, 15 November 2014

Kek Marble Cheese Kukus

       Nak cerita ni..Mixer aku dah melatup!!! Hwaaa...hwaaa.. Ia meletup sejurus lepas aku selesai membuat Birthday Kek untuk Mak & Abby minggu lepas..huk!huk! Tapi disebabkan aku dah lama geram sangat kat Kek ni..maka aku buat gak Kek ni menggunakan manual daaa. Lotih!!! lama dah tak buat keje cam ni. Hmmmm..sedapnya...walaupun Kek aku tak naik sangat..apa kesah! janji aku dapat makan hari ni..hu..hu. Terima kasih kat
izzah muffin lover, aku ambil resepi dari blog tu la...sedap & yang penting kukus beb..hu..hu..resepi copy paste je ye.. Layan Album Kek aku ni ye..

Kek Marble Cheese Kukus aku


 Bahan-bahan 

*5 keping slice cheese (aku pakai 6 keping)
*1/2 cawan susu cair
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 penutup esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

-panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api, biarkan suam.
-masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur.
-pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi, masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla.
-bahagi kpd 2 bahagian, 1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin. 
-lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble, da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

Tada! dah siap..



Jumpa lagi..


1 ulasan:

siti natrah berkata...

bestnya...lm dah ti x buat kek..xsempt dah..huhuhu