Pengikut

Sabtu, 13 Disember 2014

Bahulu Mekar Kukus

      Assalammua'laikum..hari ini aku nak update resepi kuih Bahulu Mekar Kukus. Makan kuih ni, pastu minum air Teh O petang2..best loh! Resepi ini aku ambil lama dah dari blogger yang mana aku tak ingat.. Kalau yang baru2 ini mesti aku dah letak nama orang punya resepi tu..silap tak tulis dulu. Kalau tuan punya resepi ni terbacalah blog aku ni suatu hari nanti..manalah tahu kan..aku nak mengucapkan terima kasih padanya kerana sudi berkongsi resepi dengan orang yang nak cuba belajar membuatnya macam aku ni lah.. Apapun resepinya simple dan senang nak buatnya..yang penting sedap dimakan.. Tapi korang kena gandakanlah kot adunan tu..sikit daa..sekali tak cukup lak..he..he.. Layan Album kuih aku ni ye.


Ni la Kuih Bhulu Mekar Kukus aku..

Sedang baik punya aku duk kacau adunan tu, nak carilah paper cup nak isi lah kononya..sekali papaer cup yang ada besar gedabak..loyang cupcake aku kecil...hmmm lipat je lah!!! aku gak yang makan nanti kan..ha..ha.



 Bahan-bahan
·                     125 g tepung gandum*
·                     1 sk baking powder* (*ayak bersama)
·                     100 g gula halus
·                     1/2 sk penuh ovallete
·                     4 1/4 sb susu cair
·                     1 biji telur - A
·                     1/2 sk esen vanilla
·                     1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
Cara-cara
1.           Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
2.           Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
3.           Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
4.           Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga      habis.
5.           Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
6.           Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sukahati korang lah ye nak wat corak camne pun kan!


Ready dah nak bawa tempat kerja 1 bekas..satu lagi tinggalkan kat rumah.


Jumpa lagi...


Tiada ulasan: