Pengikut

Isnin, 29 Disember 2014

Kek Marble Trio

      Assalammualaikum..bloger2 sekalian. Hari ini aku buat Kek kesukaan Shasha, Kek Marble Trio. Dia kalau ditanya nak kek apa, memang kek ni la dijawapnya.. Apa nak buat..Kek Marble ni memang sedap!!! Cer try! Cer try! Tak boleh nak celoteh panjang sekarang...banyak.keje ni..so Layan Album aku ni lagi ye..

Kek Marble Trio aku..



Bahan2:
Resepi asal dari : Dapur Tanpa Sempadan

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)

-Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
-Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu 
-Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
-Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

nota :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Tuang adunan yang dah diwarnakan tadi berselang seli @ ikut corak kesukaan korang





Jumpa lagi..