Pengikut

Jumaat, 5 Disember 2014

Chocolate Butter Cake

      Assalammualaikum...selamat petang.. jom minum petang dengan Chocolate Butter Cake aku ni. Minum pulak dengan air Teh O.. hmmm sedapnya. Resepi Cocolate Butter Cake ni aku ambil dari siapa tah aku tak ingat (sekali bahasa inggeris daa..nanti aku translate ye) tapi lebih kurang je dengan kita buat Butter Cake kan?! cuma resepi ni ada letak susu segar sikit..lembut beb! Lepas tu aku memandai lak letak Coklat Ganache version malas aku ni..heeee..tapi makan cam tu je pun dah sedap tau.. Layan Album Kek aku ni ye.. 

Chocolate Butter Cake aku..

Bahan-bahan :

150g unsalted butter (aku guna scs)
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 3/4 cawan tepung self-raising 
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu segar

Cara2:

- panaskan oven dulu 180C
- pukul butter & gula halus hingga kembang
- masukkan telur satu persatu pukul sebati
- masukkan tepung sedikit-sedikit berselang-seli dangan susu tadi, kacau sebati gunakan spatula sahaja.
- bakar 45min atau sehingga masak
- sejukkan dahulu sebelum potong


Ni acuan yang aku guna

Tada..dah siap..

Ishhh...acau je la Botol Sos kat belakang tu!



Jumpa lagi..