Jom makan pencuci mulut jap! Cream Brulee lagi! Amboi berdessert omputeh lak ye. Ala..sebab senang je nak buat dia, Tu yang terjadi lagi ni..he..he. Kali ini aku try resepi yang lain pulak, sedap juga lebih lemak & berkrim. Tapi aku rasa...hmmm aku lebih suka resepi Cream Brulee yang pertama kali aku buat dulu kot, sedang2 je rasanya. So lepas ni kalau nak buat Ceam Brulee lagi, aku akan guna resepi paveret aku la, yang pertama dulu..he..he.. Layan Album aku ni ye.
Cream Brulee aku lagi
Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
Sumber: Buku Food Lovers : Dessert
200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Gula untuk ditabur di atas creme brulee
Cara-cara:
- Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.
- Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
- Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati.
- Tapiskan.
- Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
- Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
- Bakar kira-kira 15-20 minit.
- Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
- Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch dengan api yang sederhana hingga gula caramelized.
- Cara lain- masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke dalam oven dan gunakan api atas sahaja. Bakar hingga gula menjadi perang (caramelized)
Ni adunan yang dah siap ditapis dalam bekas Remekin tu.
Baru keluar dari Oven.panas! panas!
Tabur gula pasir & sedikit serbuk kayu manis
bakar lagi sehingga gula cair jadi karamel
Jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan