Pengikut

Rabu, 4 Mac 2015

Chocolate Moist Cupcake

      Assalammualaukum..hari itu aku buat kek coklat, anak nak makan lepas tu nak bawak bekal ke kamsisnya untuk bagi kengkawan dia katanya. So aku buat buat kecil2, senang dia nak bagi kengkawan dia tu nanti. Resepi aku guna resepi kek coklat yang biasa aku guna tu..dari hana family..terbaikk. Tak dapat nak komen banyak..aku busy sekarang ni, staff tak ada daa..dah berapa lama tah aku kerja straight sampai malam. he.he. Layan Album aku ni ye.


Kek Cawan Coklat Lembab aku.



Bahan-bahan
·                     170g tepung superfine*
·                     1 sudu kecil baking powder*
·                     1 sudu kecil soda bikarbonat*
·                     1 tin susu cair (400g)
·                     100g serbuk koko
·                     200g minyak jagung @ minyak masak
·                     250g susu pekat
·                     250g gula halus - aku kurangkan sedikit
·                     5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
·                     Ayak bahan yang bertanda *.
·                     Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·                     Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·                     Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·                     Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus sehingga masak.. Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
·                     200ml whipping cream (dairy)
·                     500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·                     1 sudu besar air panas
·                     2 sudu besar sirap glukos
·                     2 sudu besar butter

Cara-cara
·                     Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·                     Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·                     Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.


Ni yang baru keluar dari Oven




Jumpa lagi.

1 ulasan:

SEINDAH SENYUMAN berkata...

sedapnya...

sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com