Pengikut

Isnin, 8 September 2014

Rich Chocolate Pudding

      Assalammualaikum...amboi ramai yang duk kata pasal Rich Chocolate Pudding ni. Jalan sana sini melawat blog orang, ada je si Rich Chocolate pudding ni. Kali ini aku pula nak mencuba resepi yang aku ambil ni dari blog potret kasih ni memang tebaik..tercantik..ter-rich & banyak lah ter..ter dia..ha..ha..over lak.. Terima kasih pada insan2 yang baik hati kerana sudi berkongsi resepi & petua mereka ini..tapi memang senang dan sedap beb..cuba lah. Layan Album Pudding aku ni yeh! resepi copypaste je ye..he..he..

 Ni Rich Chocolate Pudding Aku..

Comel kan!!

Ready nak bagi  kawan anak yang sedorm dengan dia..

Resepi Rich Chocolate Pudding

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4.untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan
Tuangkan kedalam acuan..

Bila dah keras..keluarkan dari acuan..
bolehlah dimakan..


Bye...

2 ulasan:

inahar ali berkata...

perghhhh..meme terbaekklaa!!

azlia berkata...

kan! kan! kan!