Assalammualikum..selamat petang! hujan2 ni terasa nak makan kuih bahulu lak..raya hari tu tak nak lak makan puas2. Setakat kuih bahulu memang banyak je ada kat Jusco kan?! Tapi terasa macam rajin lak nak buat sendirilah he..he. Hmmm..nak ikut resepi siapa ekk?! Dulu aku pernah buat resepi yang biasa aku buat..(resepi mak daa) tapi kali ni saje nak menerai resepi orang lain lak. Masalahnya aku tak ingat aku ambil resepi Bahulu Rose siapa ni! maaf ye..! inssya allah aku akan cuba mengingatnya nanti.
Nak tau?! sedang aku baik punya memukul telur untuk buat bahulu tu..aku lupa aku hanya ada Microwave oven, so bahulu aku ini macam2 version daa.. cara membakarnya..tapi bolehlah kalau nak makan untuk 3-4 hari..kalau nak simpan lama tak boleh la..Layan yeh Album Kuih Bahulu aku ni..
Kuih Bahulu aku..
Yang ni aku bakar mengunakan kuali Avon
(macam kuali ajaib tu).
masaalahnya kaedah ini mambuat bahulu tu naik cantik tapi bahagian atas tak garing, kalau Oven dia ada api atas & bawah barulah dia garing serata..
Bahan-bahan
·
* 4 biji telur
·
* 1 1/2 cwn gula pasir
(boleh kurangkan jika suka)
·
* 1 sdt esen rose
·
* 1 3/4 cawan tepung
gandum
Cara-cara
·
Pukul telur bersama
gula hingga kembang
·
Masukkan esen
rose
·
Masukkan tepung
gandum, pukul lagi sehingga sebati.
·
Sapu acuan dengan
minyak masa, panaskan acuan dlm oven pada suhu 220C selama 10 minit. Masukkan
sedikit adunan dalam acuan.
·
Masak selama 10 minit.
Ni adunan yang baru nak naik yang dibakar menggunakan Kuali ajaib.
Bila aku menggunakan Microwave Oven aku tu..bahagian atas cantik & garing, tapi bahagian bawah tak garing sebab dia tidak ada api bawah..tapi ok la kan.
Bye-bye..
4 ulasan:
cntk belah atas dia tu..mcm bercorak2 kaler dia hehe
ha..ha..tah la camne ble jg cam tu.. sbb bakar dlm kuali ajaib tu ke..he..he.
bahulu buatan sendiri lg sedap! hehe.. agaknya kena balancekn masa n suhu kalau guna kuali ajaib so nnt sekatalah dua2..
agaknya la nana..kena wat eksperimen lg nanti..he..he..
Catat Ulasan