Pengikut

Jumaat, 5 September 2014

Moist Red Velvet Cake

      Assalammualaikum...minggu lepas birthday Along aku. So terlanjur aku nak menghantar anak balik ke Kolejnya di Melaka, aku singggahlah rumah Along untuk menghadiahkan Red Velvet Cake aku ni. Kali ini aku mencuba resepi dari blog Hana's Family, Moist Red Velvet Cake. Resepi pun senang..kukus lak tu..memang lembab giler lah..yang penting sedap. Cuma aku lebih suka sukatan Cream tu macam kat link ni..bukan apa..yang ni senang untuk dihias atau bentukan..sebab whipping cream dia lebih sikit. Layan Album kek aku ni ye..resepi copy paste je yeh! malas nak taip.. :-)


Moist Red Velvet Cake Version Aku.




Bahan-bahan

·                     *2 cawan tepung kek/superfine
·                     *2 sudu besar serbuk koko
·                     *1 sudu kecil baking powder
·                     *1 sudu kecil soda bicarbonat
·                     *1 sudu kecil garam
·                     1 cawan buttermilk - resepi di bawah
·                     1 cawan gula halus
·                     1 sudu besar pewarna merah
·                     1 cawan minyak masak
·                     1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
·                     2 biji telur A
·                     esen vanila

Topping
·                     250g cream cheese @ satu ketul
·                     1/2 cawan whipping cream
·                     1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
·                     1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
·                     Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
·                     Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
·                     Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
·                     Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
·                     Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. 


Semua bahan yang dah dicampurkan..

Kukuskan..

Sementara kek nak masak..siapkan krim jap..

Dah sejuk bolehlah dihiaskan dengan cream.

Tada! dah siap..
Ni je la rupa paras kek aku..
Tangan kayu daa!!!




Bye-bye..
Jumpa lagi..


4 ulasan:

nita berkata...

menciklah... banyak tol masa nak buat kek..tahniah..
nanti buatkan untuk saya pulak hehehe :P

azlia berkata...

ha..ha..inssyaallah..

inahar ali berkata...

perghhh..terbaekk!!

fifie feyca berkata...

wah pandai dia buat.. cantik lak tuh... sedappp nyeww....