Salam jumaat semua..petang nanti kalau dapat makan Puding Roti best kan?! terutama bila Puding tu makan sejuk2..Fuhh!!! Ni adik aku punya pasal la ni, pagi semalam dia buat Puding Roti ni lepas tu post gambar..terliur la. Aku pun apa lagi, minta resepi version yang dia guna la..petang tu gak aku buat. Inilah hasilnya..Puding Roti version aku pula.. Layan Album aku ni ye..
Puding Roti Aku..
Ni la gambar Puding Roti yang adik aku hantar tu!
Resepi Puding Roti
Bahan2:
5 keping roti
1 cawan susu segar/cair
1 cawan air
1 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula (buat karamel-sejukkan)
Cara2:
- rendam roti seketika
- apabila roti dah kembang sedikit, masukkan dalam blander bersama semua bahan2 yang lain, blander sampai halus
- bahagikan kepada 2 bahagian (1/2 aku buat biasa, 1/2 lagi aku campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko)
- kukus satu persatu berselang-seli sampau habis
- akhir sekali letakkan gula karamel tadi
Masukkan semua bahan..blanderkan.
Ini la rupanya..
Kukus satu persatu..
Tada..dah siap.
Jumpa lagi..
3 ulasan:
Sedapnya bread pudding ni.. nampak senang nak buat..
wow..cantik nye dan pasti sedap juga..nak cuba jugalah....
dah cuba nanti saya share dalam blog saya juga....jom singgah and follow blog sy
CheRus [www.momsimpleshop.com]
mmg senang siti..cer tanya che rus tu..dia pun dah buat. senang kan cherus! he..he..
Catat Ulasan