Pengikut

Khamis, 1 Januari 2015

Pancake Coklat Medeleines

      Salam maulidur rasul kepada umat islam di seluruh dunia. Sambil tengok tv petang2 ni jom ngeteh dengan Pancake coklat Medeleines aku ni. 


      Ha..ha..pelik bunyinyakan! Sebenarnya dah lama aku teringin makan madeleine ni, katanya kuih Bahulu omputihkan?! Resepi2 dah lama aku kumpul, tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi acuan madeleinenya ni. Bila tengok orang punya Medeleines orang comel2 je..geram lak rasanya. Kerana keinginan yang membuak-buak yang teramat sangat nak makan madeleine ni. Akhirnya aku buat keputusanya hari ni.. So aku bancuh adunannya. Lepas tu aku wat mcm lempeng je la dan bakar..tu pun menggunakan periuk ajaib. He..he..nampak sangat malasnya ye ha..ha.. Layan album aku ni ye..

Bahan-bahan
100g butter
100g dark cooking chocolate
2/3 cawan gula
3 biji telur (suhu bilik)
1 cawan tepung kek (atau 1 cawan tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
1/4 sudu garam
Cara-cara
1. Cairkan butter & cooking chocolate menggunakan double boiler. Sejukkan sebentar.
2. Pukuk telur & gula hingga kembang.
3. Masukkan adunan butter & coklat yang telah disejukkan ke dalam adunan telur.
4. Masukkan tepung & garam (yang telah diayak) ke dalam adunan, sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati menggunakan kaedah kaup balik.
5. Simpan adunan yang telah siap dalam peti sejuk at least 1 jam sebelum membakar.
6. Sapu acuan madeleine dengan sedikit butter. Sudukan adunan ke dalam acuan, 3/4 penuh.
7. Bakar dalam pre-heated oven pada suhu 170 C, lebih kurang 15 minit. (bergantung pada jenis oven/acuan madeleine)



So ni la acuan aku ye..he..he..




Jumpa lagi..


3 ulasan:

Kak Vit berkata...

sedap! saya buat penkek selalu tak jadi bulat.. hihi..

azlia berkata...

Ala X kesah la jd bntuk apa pun Janji sedap family pun suka ok la tu..:-)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.