Hari ini ummi masak Rendang Daging yang sempoi ye anak2... tapi ummi gerenti u all semua mesti makan tambah2 nyer... Terutama sekali Shasha...kan! kan! kan!
Ini la Rendang Daging Sempoi ummi..
Senang je nak masak Rendang ni, macam korang masak gak, tapi ni cara aku masak ye...
Bahan2:-
1/2 kilogram daging lembu
500g santan pekat (nanti tambah la air)
3 batang serai
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas ( x letak pun, sbb x de stock )
2 sudu besar rempah kari
10 biji cili api (cili boh pun ok gak, sukati la )
1 pack kerisik (yang kecil tu)
daun kunyit @ daun limau purut
Garam, gula dan perasa
Cara:-
-Rebus sekejap daging tu dulu sampai macam dah empok sikit.
-Blander semua bahan (kecuali daun-daunan tu).
-Masuk dalam daging rebus tadi.
-Masak sampai hampir nak kering, baru masuk kerisik, daun kunyit, -Garam dan gula serta perasa.
- Selamat mencuba...
Rendang yang belum kering
Rendang Daging yang telah siap...Mmmmm
2 ulasan:
boleh dicoba tuh .. hemmzz yumiii
http://curhatz.blogspot.com/
boleh zila...yang penting sempoi tu...
Catat Ulasan