Pengikut

Jumaat, 30 Januari 2015

Dark Chocolate Brownies with Vanilla Ice Cream Chef Michael's Kitchen


      Selamat petang... kelmarin aku menonton siri Chef Michael's Kitchen di AFC, kebetulan dia baru nak buat Dark Chocolate Brownies ni. Aku pun terus capai pen dan kertas, sempatlah aku menyalin resepinya ni. Disebabkan resepinya mudah dan senang je nak membuatnya, lepas tu bahan2 semua ada di rumah, aku pun mulalah operasi untuk mencuba membuat Brownies Chef Michale ni..sedap ke idok?!! Seperti muka Chef tu masa makan Brownies ni..terkelip-kelip matanya tu..kesedapanlah kononya tu kan! ha..ha. Memang sedappppp! sangat pekat rasa coklatnya & chewy serta tak pahit walaupun menggunakan Dark Chocolate tu. Teksturnya pun halus walau pun kita pukul sikit2 menggunakan tangan. So ini akan menjadi salah satu resepi Brownies kegemaran aku!!! Layan Album aku ni ye..


Brownies aku


Abby punya makan..segala benda yg boleh dimakan dalam peti ais tu diletaknya sekali..


Bahan-bahan 
1 Cawan Tepung gandum 
2 sudu besar serbuk koko 
1 sudu besar instant kopi
1/2 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil garam
6 ounces dark chocolate 
6 ounces butter
2 cawan gula perang 
2 sudu kecil esen vanila 
4 biji telur 
1 cawan chocolate chips 

Cara-cara :
- Campurkan semua bahan kering kemudian diayak 
- Cairkan butter & dark chocolate secara double boiler 
- pukul telur & gula perang hingga sebati menggunakan tangan    je.
- Masukan Campuran butter dlm telur tadi kacau lagi
- Masukan chocolate chips & bahan kering kacau sebati
- Masukan dalam loyang ( aku memandai je tabur badam cincang       atas adunan tadi)
- Bakar hingga masak 
- Sejukan dulu sebelum dipotong


pukul telur dan gula..pastu masukan coklat & butter cair tadi

masukan bahan kering pula

Tabur Badam cincang

Tada! dah siap!


Mengada-ngadakan?! makan dgn aiskrim vanila..memey la sedak!




Jumpa lagi!



Tiada ulasan: