Pengikut

Sabtu, 20 September 2014

Red Velvet Cheese Cake Kompilasi!

      Chewah! macam kompilasi lagu lak. Bukan apa..aku dah gabungkan resepi kek & krim cheese yang aku suka..kira Kek Red Velvet & Cream Cheese terbaik la pada aku takat ni. Badan kek dia aku ikut resepi dari blog hana, Cream dah banyak kali aku buat, tapi tak ingat sape daa.. 
      Kali ini aku buat Red Velvet with Cream Cheese untuk anak saudara aku, dia nak suprisekan trainer dia punya birthday kat office. Aku nak buat tu tak de masalah, cuma bab2 mendeco ni memang failed! tapi dah dia beria-ia minta aku hantam je la. Inilah rupa 2 biji Kek aku kali ni. Layan album aku kali ni ye..

Ready untuk penghantaran








Bahan-bahan
· *2 cawan tepung kek/superfine
· *2 sudu besar serbuk koko
· *1 sudu kecil baking powder
· *1 sudu kecil soda bicarbonat
· *1 sudu kecil garam
· 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
· 1 cawan gula halus
· 1 sudu besar pewarna merah
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
· 2 biji telur A
· esen vanila

Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup gula aising
Pukul whipp cream sampai kembang, pukul cream cheese berasingan, dah Nampak halus/kembang masukkan gula aising. Satukan dalam whipp cream tadi, kacau sebati.

Cara-cara
· Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
· Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
· Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
· Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
· Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Bye-bye..



5 ulasan:

nana liena berkata...

wah cantiknya deko kek! teringin nk buat sendiri tp masih tak buat2..hehe

sya nak tanya sikit,antara pes dan emulco dgn esen berbeza ke tidk ya? confius.. sya budak baru belajar..eheheh

azlia berkata...

Samalah dgn sy..masih blajar lg..tp pes & emulco lbih pekat rasanya.. . Contohnya nak buat kek strawberry..mgunakan pes @ strawberry emulco lg berasa kek strawberry tu..esen hanya bg bau2 je..wallahualam.

fifie feyca berkata...

tertarik menarik ko mmg the bomb...

azlia berkata...

ha..ha..mmg melertop fifie!!

Meaya Syasya berkata...

Deco ats tu guna nozel nombor berapa ye