Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

Gerai Makan Kegemaran Aku!!! Deli Muar & Gerai Sri Belangkas

       Gerai ini terletak di food court Desa Pandan, alaaa...satu jalan dengan Yong Tau Foo top kat Kampung Pandan tu! yang masuk Jalan-jalan Cari Makan tu! Bukan apa..berbelas tahun aku tinggal di Pudu, jadi memang laluan aku setiap hari. Western Food gerai ni biasa je..harga pun biasa je..tapi pelanggan memang ramai, hendak2 time hujung bulan, orang dapat gaji la katakan yang penting..sedap. Kalau bulan puasa lagi la..kadang kami tak sempat nak balik, tau la nak menempuh jalan Jelatik, pastu jalan Ampang, pastu menempuh jalan Pasar Ramadan Desa Pandan tu..makanya..terpasalah aku berbuka dengan Black Pepper Stick aku tu. Walaupun gerai ni dah berbelas tahun, dan dah bertukar pekerja, tapi masakannya..tak lari banyak rasanya..lebih kurang je..memang menepati citarasa aku & anak2..kurang-kurang sebulan 2 kali la aku makan kat sini. Walaupun ada banyak gerai yang menjual menu Western di Food Court ini, tapi gerai ini tetap menjadi pilihan kami, tukang masak gerai ini dah tau aku punya mesti ' Black Pepper Beef Stick' telur mata mesti masak garing2! Fuhh! Terbaekk! Anak2 punya biasa la..Fish & Chip & Sate. Tapi sekarang susah sikit..sebab aku dah pun berpindah, tapi tak susah, kalau dah teringin sangat aku pergi gak nanti.
      Untuk minuman senang je, gerai kat sebelah ada menjual minuman..' Gerai Sri Belangkas' Bukan itu saja.. gerainya juga menjual segala macam Burger, Spaghetti, Smoothie, Ais Blanded & macam2 lagi la yang ada. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan yang lain, sebab anak2 dah makan lak..he..he..layan je la gambar yang mana ada ni ye..


Ini la Gerainya..

Ok kan?!!!

Nasi Goreng Fish & Chip

Black Pepper Stick aku..

Inilah Gerai Sri Belangkas.



 Jumpa Lagi..


Russian Black & White Chocolate Cake Untuk Birthday Shasha Yang Ke 13 Tahun..

      Happy belated birthday Shasha!!! Disebabkan Shasha berada di asrama jadi aku menyambutnya pun hujung minggu je la sebab minggu tu Shasha tak boleh balik.. Sedih lak rasanya...sebab inilah kali pertama anak berjauhan dari mata..pastu sambut Birthdaynya sendiri tanpa keluarga, hanya kawan2 dorm je yang bersama bila dia memotong keknya itu..hu..hu.. Harap kawan-kawan sedorm sentiasa mengambil berat sesama sendiri & sayang-menyayangi antara satu sama lain memandangkan mereka juga jauh dari keluarga mereka..aminnn.
      Pening gak nak buat Kek apalah kali ini untuk Shasha.. Shasha nak Kek Coklat, saja nak try resepi yang lain..terbuka lak blog hana family dia amik dari geng2 blognya..TQ hana. Tengok Kek Coklatnya..geram lak rasanya..apa lagi..try la! Sebenarnya resepi lebih kurang je..lebih itu..ini..tapi dah kata nak try..try la resepi orang ni betul2!! Betul la kata hana "kek ni giler sodap! makan sambil pejam2 mata gitu." Kawan2 Shasha lak kata "Sedap giler Kek Ummi kau ni, nanti bawa lagi tau!" ha..ha.. Memang sedap beb! hari itu aku pun buat 2 biji Kek yang sama sebab satu nak hantar kat  asrama Shasha, habis orang kat rumah ni nak melopong je ke rasa cebisan2 kek tu! Kesian beb..jadi aku pun buatlah lagi satu biji kek.. terbaekkk!!!

Hari itu Shsha nak Maggi Goreng & Sate, so aku bawa sekali dengan Keknya itu..

Inilah Russian Black & White Chocolate Cake aku!


  Bahan-bahan (copy paste je dari blog Hana's Family)
·        170g tepung superfine*
·        1 sudu kecil baking powder*
·        1 sudu kecil soda bikarbonat*
·        1 tin susu cair (400g)
·        100g serbuk koko
·        200g minyak jagung @ minyak masak
·        250g susu pekat
·        250g gula halus - hana letak 210 jer
·        5 biji telur - blend 5 minit
o   Cara-cara
·        Ayak bahan yang bertanda *.
·        Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·        Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·        Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·        Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
·        Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  
·         200ml whipping cream (dairy)
·         500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·         1 sudu besar air panas
·         2 sudu besar sirap glukos
·         2 sudu besar butter
o  
Cara-cara
·         Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·         Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·         Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

o  
  RESEPI COFFEE CREAM CHEESE 
·         500g creamcheese
·         1 cawan butter lembut
·         1 cawan gula aising
·         1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)
o  
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

 CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

·         Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
·         Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
·         Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
·         Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

·         Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Dah siap..kukuskan kek tu..

Chocolate Ganache yang dah siap..

Nak nampak berbelang putih & hitam tu kena buat camni la..rupaner!!!

Homemade kotak Kek..kakak & adiknya yang conteng! suka lak kawan2 Shasha tengok! 


Ready nak hantar!

Happy Birthday sayang!..



Bye! bye!



Khamis, 23 Januari 2014

I-City Water Park Lagi!

      Assalammualaikum..cuti Sekolah dah lama habis..tapi aku baru nak post cerita aktiviti masa cuti Sekolah yang lalu he..he. Apa nak buat..masa tidak mengizinkan aku untuk sentiasa dekat dengan bloger2 kesayangan aku ni..hu..hu..
      Dalam pada tak ada masa tu..banyak gak aktiviti yang aku sempat buat, tapi semuanya aktiviti yang tidak di rancang. Ye la..sebab semuanya bergantung pada cuti & masa yang tak tentu. Macam hari tu kan.. tetiba je kawan plan nak mandi kat Hutan Lipur Sungai Gabai, pastu terus je aku kata "ok jom!"
     I-City Water Park! ini kali kedua aku sampai..tak tau da nak pergi mana bawa anak2. Ingat nak pergi luar K.L..tapi bila mengenangkan jalan2 yang jem di luar bandar bila musim cuti! oh..idak ler! Tiket  I-City Waterpark kali ni tak de dah pakej2..semua kena beli asing2. So tiket masuk ke Waterpark untuk dewasa RM35.00 & untuk kanak-kanak RM30 (rasanye la..lupa lak). 
      So kali ini aku pergi dengan Along serta 2 orang anaknya & Siti serta keluarganya juga 3 orang anak Andak yang menangis nak gak ikut..jadi bawa je la.
     Walau mana pun kita pergi yang penting keluarga ada bersama & harap anak2 pun happy dengan segala usaha ibubapa untuk membahagiakan anak2 mereka. Layan Album aku ini ye..


Gambar ini aku ambil dari google..

Sebenarnya semua gambar aku dlm hp dah terdelete..
gambar ini aku ambil dari Album fb Along..


Achah & Ayahnya..suami Siti.

Heroin aku..Abby da!

Makan time!sedikit sama dicicip banyak sama dilahap..ha..ha..

Budak 3 org ni..bergasak-gasak naik Tornado tu! Aku dah naik sekali tobat la..tak naik dah..
yang penting aku dah merasa pengalaman naik benda alah tu ye!

Dah sibuk mandi mana nak ambil banyak2 gambar..gambar ini pun aku ambil dari google..saje je nak tunjuk Tornado ni!

Jumpa lagi..


Sabtu, 4 Januari 2014

Hutan Lipur Sungai Gabai

      Assalammualaikum bloger tersayang..lama dah aku tak jenguk blog aku ni. Macam busy je! macam tak ada masa langsung je! semua itu...poyooooo je..ha..ha.. penyakit 'M' sudah mari beb! Malasssss!!!
      Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku berkelah di Hutan Lipur Sungai Gabai. Aku pergi pada akhir bulan November 2013 yang lalu. 1st time aku pergi ke sini,  saja je nak cipta memory terakhir bersama teman sekerja Eny yang telah pun berhenti kerja di tempat aku. Lagi pun cuti Sekolah kan! bolehlah aku bawa anak-anak sekali..kebetulan anak buah pun ada di rumah aku tu, apalagi..aku angkut semua sekali pergi.
      Hutan lipur Sungai Gabai ni best gak, air dia betul2 terjun beb! tapi tempat yang paling best tentulah di atas2 kan?! Yang tak best, part nak mendaki anak tangga tu la yang berat sikit pada orang2 macam aku ni lah! kalau orang muda2 macam korang mesti tak de hal lah! Kalau tak salah kira ada dalam 303 anak tangga..aduh!!! Tapi demi anak2 & Eny...aku gagahi jua! walau pun aku tahu lepas dua hari aku akan makan ubat muscle relaxation sebab kaki aku akan sakit..ha..ha..
      Nak masuk kena bayar seringgit seorang, tempat persalinan ada..tapi agak sempit dan panas la bila semua orang beratur nak mandi atau buang air. So sesudah subuh aku masak bagai..pastu terus pergi, jadi orang tak ramai lagi dapat la mandi puas2. Walaupun hujan turun gebas sekejap2..tapi ia tak dapat menghalang anak2 aku untuk mandi dan mandi dan mandi sepuasnya.. Layan je lah gambar kenangan aku ini ye..


Pintu gerbang ke Hutan Lipur Sungai Gabai
 

Selamat jalan Eny..Semoga dapat apa yang kau cari & jaga diri selalu..

 Muka2 tak sabar nak mandi! 

Ni la tangganya! aku berhenti rehat bukan 7 persinggahan lg..dekat 20 persinggahan!

Mandi time! hu..hu..

Dengar ceramah keselamatan dulu tu dari pelatih berpenglaman sebelum gelungsur! ha..ha..

Ahhh..bestnyer..nak pergi lagi la!!

 

Bahagian ni..kat atas sikit dari gelungsur tu.. 

Keretapi! wajib buat ni..semua pengunjung yang datang mesti nak buat gak keretapi ni..he..he.

Ni dah ramai sikit orang, kami dah macam2 aksi da buat, bagi peluang kat orang lain lak try gelungsur tu.

 Muka2 kesejukan tapi tak nak naik! Selamat jalan Eny.. semoga berjumpa lagi.. terima kasih untuk kenangan terindah ini..he..he.. 

Bye..bye..