Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Khamis, 14 Disember 2017

Sambal Udang Anak Petai

      Selamat tengah hari! jemput makan semua! hari ni masak simple je, sebab nak cepat2 siap pergi kerja kejap lagi. Anak-anak ada kat rumah cuti sekolah ni, kenalah masakkan?! Jimat sikit, kalau tak ke kedai je la kita ye tak.

Sambal udang petai aku



Resipi Sambal Udang Petai Aku, sama gak macam korang punya.

Bahan2
- udang ikutlah banyak mana korang nak masak
- petai sesedap rasa hihi
- bawang merah blander dengan sedikit belacan
- cili kering yang dah di blander
- air asam jawa
- garam, gula dan perasa secukupnya

Cara2
- tumis bawang hingga naik bau
- masuk cili yang telah dikisar tadi kacau rata. masak sehingga cili garing ( kalau korang dah bersin2 tu dah cukup dah tu)
- masuk air asam jawa kacau rata
- nampak macam dah nak mendidih tu masuk udang, petai dan perasa
- tengok sambal dah mendidih, udang tu macam dah masak,  dah la tu boleh tutup api...siap!




try ye..

Jumpa lagi


Rabu, 12 November 2014

Kepah Lala Mak Mertua Ku

     Errrr...actually bekas Arwah Mak Mertua aku le. Masa aku masih bersama keluarga Arwah dulu..salah satu masakkan kegemaran dia ni la. Dia kata dia belajar dari kawan dia ke atau jiran lama dia dulu, aku tak ingatlah.ni cerita lamaaaaaaaa nun dulu..apa nama masak ni pun aku tak tau. Waktu tu anak2 dia suka makan lauk ni, so aku pun terjebak suka gak la. Sekarang menurun ke salah seorang anak aku, dia tak boleh nampak lauk ni & Sambal Goreng Tempe. Itu la yang dia sebut kalau pergi kedai makan lauk campur, dia tanya dulu.. 'tempe @ lala ada tak?' ikut suka dia lah ye. Lauk ni senang kan nak buat..sesuailah untuk orang2 yang busy cam aku ni kan! So layan Album masakkan aku ni ye... 


Kepah Lala version aku..

Nisbah bahan2 yang diperlukan..
Buang biji Cili Masak tu, blander semua sekali, pastu tumis sampai garing hingga naik bau..

Masukkan Santan kacau jap, masukkan Lala & Sawi, kacau hingga masak, letak perasa..

Dah siap!!!


See u...


Jumaat, 7 November 2014

Sambal Ikan bilis Goreng Cili Api Berapi

          Sambal Ikan Bilis Goreng Cili Api berapi ada berani?! ha..ha.. Aku kalau makan nasi tapi tak ada lauk yang pedas sikit, ishhh...tak lalu makanlah..alamatnya kalau seminggu macam tu..mau kurus aku kot..he..he. Ni salah satu lauk makanan kegemaran aku, yang sekarang menurun lak ke salah seorang anak aku. Nak habaq skit ni, kalau suka nak makan pedas lagu ni, lauk lain mesti balance ye..lepas tu air kena minum lebih. kalau tak...lu pikirlah sendiri akibatnya..ha..ha..


    Sambal Ikan Bilis Goreng Cili Api berapi Aku.

Ni nisbah bahan2 sambal aku..

masak sampai garing..dah garing masukkan air sedikit..masa tu lah letak.segala perasa n gula sedikit..masak lg sampai terbit minyak @ sehingga kering mana yang kita nakkan sambalnya..jgn lupa letak asam keping..lepas tu baru letak ikan bilis yang telah digoreng ye..
Ni la rupa terbit minyak..

Tada..dah siap...


Jumpa lagi

     

Sabtu, 12 Julai 2014

Kari Ayam Ala Pasama

      Guys! korang dah fikir ke nak masak lauk apa untuk buka puasa petang ni?!..apa kata korang masak Kari Ayam ala Pasamah ni?! Nampak macam masak Ayam Palembang kan?! macam masak kari kan?! tapi bukan..biasala.. bahan2 lebih kurang je, ada tambah tu..kurangkan ni. Tapi walaupun tambah satu bahan..tapi rasa dia lain beb.. kesedapan dia berbeza..terasa dan sedap tau kalau ikut betul2 resepinya..yang penting sedap!


Kari Ayam Pasama Version Aku..

Bahan2:

1 ekor ayam
3 biji bawang merah (bukan bkecil tau)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(hiris bahan2 diatas)
4 sekawan (kayu manis, b.lawang, b.cengkih, buah pelaga)
4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara2:

-panaskan minyak, masukkan 4 sekawan tu
-masuk bahan2 yang dihiris hingga kekuningan
-masukkan rempah kari dan kerisik hingga pecah minyak
-masukkan ayam dah sedikit air masak seketika (kacau selalu untuk mengelakkan rempah hangit tau)
-masukkan santan dan sedikit air
-masak hingga kuah pekat


Bahan2 untuk menumis..

Masukkan rempah dulu biar pecah minyak..

Masuk ayam dulu biar sebati dan kering sikit..

Baru masuk santan pekat tadi..masak hingga pekat sikit..

Tada..dah keringkan?! 
Kuahnya tu..slup! cicah roti ke..cuk kodok ke..lempeng ke sedap tu!


Bye-bye..



Rabu, 9 Julai 2014

Ayam Palembang..

      Ayam Palembang?!..he..he..masalahnya orang Palembang tau tak kewujudan masakkan ni?! Resepi ni aku dapat dari Mak kawan aku ni..nama masakkan dia Opor Ayam..tapi bila aku masak kat rumah Mak..Mak kata ni masak Ayam Palembang! Tah la..tak kisah pun lah apa namanya, yang penting masakan ni senang, simple dan sedap dimakan. Tak ke korang pun penah masak macan ni gak? apa lak nama masakkan korang?!.he..he. Budak2 suka lah kot sebab tak pedas sangat. Kalau aku mesti tambah cili api sikit, buat kaw2 pedas he..he..tapi ada budak2 makan redho je la..


Ayam Palembang Aku..

Resepi:

1 ekor ayam
6 ulas bawang merah (saiz besar skit)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh jintan manis
4 sudu besar cili boh (ikut kepedasan yg korang nak)

-blend semua bahan diatas

4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu    manis)
3 batang serai
 santan secukupnya (dlm 1/2 kilo yg pekat)
 garam & perasa secukupnya

Cara:
-masukkan ayam dalam kuali, 
-masukkan semua bahan bland, serai, 4 sekawan & santan 
-masukkan perasa
-masak hingga pecah minyak & kering sedikit (macam masak    rendang)

Senangkan?! Ni bahan2 yg dah diblender.

Masukkan Ayam..

Dah kering pun..

Tada! dah siap..


Bye-bye..



Jumaat, 27 Jun 2014

Steamboat VS BBQ Chicken!

      Assalammualaikum...sebelum start puasa yang tak lama lagi ni aku nak update jap post ni..nanti terliur lak post benda yang tak ada ni..ha..ha. Steamboat dan Bbq ni kami buat masa cuti Sekolah yang lalu, cuti kali ini tak ada apa2 aktiviti luar..maklumlah bajet pun tak berapa nak ada. Jadi kami pakat 2-3 orang adik-beradik yang balik rumah mak ketika itu untuk buat Bbq dan Steamboat ni..jadi ler dari tak de! 
      Resepi untuk buat Steamboat ni senang je..korang Google je resepi Sos Steamboat..berderet naik. Resepi dari Blog yang paling atas..yang tulis ala Johnnys tu la korang ambil..memang sedap beb! Giler!.. kami jadi ketagih lak..selama beberapa minggu tu..asyik buat Steamboat je..sampai jemu baru stop buat he..he.. Layan Album aku ni ye..resepi aku copy paste je ye..


Ni la rupa Steamboat aku...

Ready dah ni!
Operasi pun bermula...


SUP STEAMBOT ;
BAHAN :

Air * terpulang ikut sukatan periuk masing-masing
Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
Daun ketumbar * dicincang
Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu garam ok...

* rebus dulu semua bahan ni atas dapur masak ..bila da mendidih nanti baru pindahkan ke periuk stimbot..pastu celur je la semua bahan stimbot kat atas tadi..


Sos Steamboat..mmg dapp dapp dapp!!

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS ;   

8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick *  mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe

CARA :

Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..
okeh siap...senang kan...campak-campak jela....


Ni Sos Black Pepper!!
resepi ni mmg selalu aku buat..korang tgk link ni ye..pastu korang tgk link kat situ lak..he..he....terbaikkk!
Gambar Bbq tak sempat nak ambil..ate!! ayam dah masak je lesap! camno?!

Dah masak apa lagi..
kita makan doluuuuuu!!







Jumpa lagi!!


Rabu, 10 Oktober 2012

Spaghetti Bolognese...


Spaghetti ni aku buat masa anniversary mak hari tu. Senang je nak masak spaghetti kan! korang pun tau.. tapi ni saja je la aku nak kongsi dengan kalian Spaghetti Bolognese version melayu aku..he..he..

Spaghetti Bolognese...




Ni la rahsianya... Sos Spaghetti segera..



 Bahan-bahan:-

 1 pek spaghetti
450mg daging @ ayam cincang
1 botol sos spaghetti kimball ( atau mana2 jenama/perasa yang korang suka )
1 biji bawang besar / bawang bombay ( ambil yang besar sikit)
2 biji bawang putih 
2 sudi besar cili boh ( ikut kepedasaan korang la )
1 sudi kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 helai daun bay 
sayur campur / mixed vege ( ikut korang la nak letak banyak mana )
2-3 buah tomato ( kalau suka, aku tak letak pun )
garam, gula & perasa 

Cara:-

- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masuk daging, goreng hingga kering sikit air daging tu.
- Masuk cili boh goreng hingga garing cili tu.
- Masuk sos spagheti, masak sekejap pastu tambah air sikit ( ikut  kepekatan yang korang suka )
- Masuk serbuk kayu manis, jintan manis, lada hitam & sayur campur.
- Masuk mixed vege , daun bay @ semua perasa.

Kuah Spaghetti yang siap dimasak..


Spaghetti yang telah direbus..


Silakan makan...

Sabtu, 6 Oktober 2012

Rendang Daging Sempoi Punya...

  Salam sayang semua... terajin lak aku mengupdate blog ni sekarang..he..he..Bukan apa, minggu ni aku kerja petang so pagi ada la masa sikit nak masak. Boleh bawa pi kerja, kang anak2 balik sekolah tak payah la membeli sokmo, jimat sikit minggu ni...tapi masak yang simple2 je la ye anak2...

Hari ini ummi masak Rendang Daging yang sempoi ye anak2... tapi ummi gerenti u all semua mesti  makan tambah2 nyer... Terutama sekali Shasha...kan! kan! kan!

Ini la Rendang Daging Sempoi ummi..


Senang je nak masak  Rendang ni, macam korang masak gak, tapi ni cara aku masak ye...

Bahan2:-
 1/2 kilogram daging lembu
500g santan pekat (nanti tambah la air)
 3 batang serai
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas ( x letak pun, sbb x de stock )
2 sudu besar rempah kari
10 biji cili api (cili boh pun ok gak, sukati la )
1 pack kerisik (yang kecil tu) 
daun kunyit @ daun limau purut
Garam, gula dan perasa

Cara:-
-Rebus sekejap daging tu dulu sampai macam dah empok sikit.
-Blander semua bahan (kecuali daun-daunan tu).
-Masuk dalam daging rebus tadi.
-Masak sampai hampir nak kering, baru masuk kerisik, daun kunyit, -Garam dan gula serta perasa.
- Selamat mencuba...


Rendang yang belum kering


 Rendang Daging yang telah siap...Mmmmm