Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Makanan Tradisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Tradisi. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

Tepung Pelita Moden Aku

      Assalammualaikum, selamat tengah hari. Macam panas je kat luar tu kan?! Kalau dapat makan Kuih Tepung Pelita sejuk yang baru keluar dari Peti Ais sedapkan?! Mana nak cari ni grrrrrr... 
      Terlanjur tekak teringin makan kuih tu, tapi nak buat tak dapat sebab tengah kerja sampai malam ni, so aku nak tunjuk kat koranglah Kuih Tepung Pelita yang aku buat dulu. Sebab tak ada Daun Pandan, so masuk je la dalam bekas plastik tu. Resepi aku google je, ambil yang mana paling senang. Cer korang tengok resepi dia, senang kan?! Cubalah! Layan Album aku ni ye.



Tepung Pelita Moden aku


Tepung Pelita Moden

Bahan Hijau bawah:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula ( aku buat 3/4 cawan je )
5 cawan air pandan ( air tadi blander dengan 5 helai daun pandan, kemudian tapiskan )
sedikit garam

Cara2:
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas yang korang nak guna tabur sedikit gula.

Bahan Putih Atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
sedikit garam

Cara2: (sama macam diatas )
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas bahagian hijau bawah tadi.
- biarkan sejuk dahulu sebelum dimakan.

Lebih kurang pekat macam ni lah, lepastu meletus-letus wap keluar tu kan..he..he. 

Masukkan dalam bekas, tabur gula sedikit (benda tu panaskan, nanti cairlah gula tu)


Letakkan bahagian putih atas tu pula.

Tada!!! dah siap.



Jumpa lagi



Ahad, 23 Ogos 2015

Kuih Getas

      Selamat petang, korang dah minum petang ke? Tak tau nak makan apa? Jomlah buat Kuih Getas ni! Senang pun senang, sedap pun sedap..kejap je pun buatnya, tapi kena ada bahan la kan, kalau tak ada camne nak buat ekk?! heeee...
      Kuih Getas ni memang favorite aku, 1st time aku makan masa kerja kat Keramat dulu. depan Lrt Jelatik dulu ada flat, bawahnya ada kedai-kedai. Hujung flat tu dulu ada pejabat Pos, kat depan Pejabat Pos tu ada orang berniaga Kuih2 & Pisang goreng, Kuih Getas ni pun dia buat juga, tulah 1st time aku makan. 'Ini kuih Getas, Kuih orang Banjar katanya' bila aku tanya nama kuih ini. 
      Baru2 ni aku teringin nak makan, tapi tak jumpa2 lak orang menjual Kuih ni. Sudahnya ternampak kat Moment Weechat kawan, mak dia buat Kuih ni, apa lagi..wasap la dia minta resepi. Masalahnya bila tanya orang2 tua ni resepi, dorang tak ada sukatan ye..semua main agak2 je. So aku pun agak2 juga la, ikut suka aku la ye..layan Album aku ni ye.

Kuih Getas aku..



Bahan2:

1 pek tepung pulut (1 pek tu 500g kan?)
1/2 biji kelapa parut ( yang putih je, kalau kelapa tu kecil, korang buat lah sebiji kelapa tu)
sedikit garam ( larutkan dalam air panas )
air untuk menguli

Cara2nya:

- satukan semua bahan, uli sehingga sebati dan tidak melekat di tangan
- bentukkan, ikutlah bentuk apa yang korang nak buat
- goreng hingga masak,
- taburkan gula halus


Sebatikan semua bahan macam ni..

Canai @ ikut la bnetuk apa yang korang nak buat ye..

Goreng sehingga kekuningan

Taburkan Gula halus


Tada! dah siap

Gula tu bolehlah adjust ikut rasa korang.




Jumpa Lagi..


Jumaat, 27 Februari 2015

Apam Let It Go! Let It Go!

      Assalam..lama tak jenguk blog aku ni, bz sangat gamaknya aku ni, mana tidaknya...staff tak de beb! duk kerja seteret sampai malam je ni..tapi...sempat gak wat operasi kat dapur tu..he..he. Menu minum petang aku tadi Apam Eno! tapi lupa daa nak oles minyak dulu dalam acuan tu kan?! So seksa daa..aku nak keluarkan Apam aku tu..haish! Tak pe la, dah makan sedap je..he..he.. Layan Album aku ni ye..


Apam Eno Let it go aku!


Bahan2:

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandul
1/2 cawan gula
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu kecil eno biru
kelapa parut yang dicampur garam sedikit
pewarna ikut kegemaran

Cara2:
- satukan semua bahan kecuali Eno, kacau sebati, biarkan 1/2 jam
- bila tengok adunan tu dah berbuih sikit baru campurkan eno & pewarna
- kukus hingga masak ( lama masaknya ikutlah besar @ kecil acuan yang anda gunakan)
- dah masak gaulkan @ letakan kelapa parut tadi.


Acuan yang aku gunakan..

biarkan 30min

letak color kegemaran

tuang adunan dalam acuan..kukuskan


Tada! dah siap.. tak boleh keluar! huk! huk!

Apam Eno let it go aku!


Jumpa lagi!..


Sabtu, 24 Januari 2015

Apam Susu

      Selamat pagi! Jom breakfast dengan kuih Apam Susu aku ni. Dah lama aku nak buat Kuih Apam Susu ni, hari ini baru lah mendapat. Dah lah senang sangat nak buat Apam Susu ni, sedap pulak tu, bahan2 pun tak banyak. Lepas ni kalau nak buat Breakfast atau minum petang, korang buat ni je, minum dengan Teh O panas... mmmm...sadap! (ber philippine kita ye..he..he). Resepi aku dapat dari Fb..tapi aku tak ingat dari group mana..maaf ye tuan resepi, tapi sedapppp sangat, macam kek pun ada..tq ye puan resepi.

Kuih Apam Susu aku..

Lembut tu! baru keluar dari Peti Ais..sejuk lagi..tapi masih lembut lagi tau.



Bahan2:

4 biji telur grade A
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil asen vanilla
1 cawan susu pekat
1/4 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum (diayak)
pewarna ikut suka anda

Cara2:

- Campurkan semua bahan kering, kecuali minyak jagung, blend hingga kembang
- Dah kembang baru masukkan minyak jagung, pukul lagi hingga kembang & sebati
- Masukkan tepung ,kacau hingga sebati.
- Kukuskan 30minit @ hingga masak


Masukkan semua bahan kering, blend hingga kembang..

Bila dah kembang..masukkan pula bahan kering..blend hingga sebati..masukkan dalam acuan & kukuskan.

Sekali acuan aku kecil daa..ngam2 je..bedal lah! aku malas nak tukar acuan lain! he..he.

Hah kau! nasip baik Kuih Apam aku tak melimpah keluar!


Tada! dah siap..

Tang colour kuih aku tu..aku memandai-mandai je letak colour kat bahagian bunga2 & daun2 acuan tu..lepas tu baru tuang adunan & bakar.


Jumpa lagi!


Sabtu, 13 Disember 2014

Bahulu Mekar Kukus

      Assalammua'laikum..hari ini aku nak update resepi kuih Bahulu Mekar Kukus. Makan kuih ni, pastu minum air Teh O petang2..best loh! Resepi ini aku ambil lama dah dari blogger yang mana aku tak ingat.. Kalau yang baru2 ini mesti aku dah letak nama orang punya resepi tu..silap tak tulis dulu. Kalau tuan punya resepi ni terbacalah blog aku ni suatu hari nanti..manalah tahu kan..aku nak mengucapkan terima kasih padanya kerana sudi berkongsi resepi dengan orang yang nak cuba belajar membuatnya macam aku ni lah.. Apapun resepinya simple dan senang nak buatnya..yang penting sedap dimakan.. Tapi korang kena gandakanlah kot adunan tu..sikit daa..sekali tak cukup lak..he..he.. Layan Album kuih aku ni ye.


Ni la Kuih Bhulu Mekar Kukus aku..

Sedang baik punya aku duk kacau adunan tu, nak carilah paper cup nak isi lah kononya..sekali papaer cup yang ada besar gedabak..loyang cupcake aku kecil...hmmm lipat je lah!!! aku gak yang makan nanti kan..ha..ha.



 Bahan-bahan
·                     125 g tepung gandum*
·                     1 sk baking powder* (*ayak bersama)
·                     100 g gula halus
·                     1/2 sk penuh ovallete
·                     4 1/4 sb susu cair
·                     1 biji telur - A
·                     1/2 sk esen vanilla
·                     1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
Cara-cara
1.           Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
2.           Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
3.           Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
4.           Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga      habis.
5.           Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
6.           Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sukahati korang lah ye nak wat corak camne pun kan!


Ready dah nak bawa tempat kerja 1 bekas..satu lagi tinggalkan kat rumah.


Jumpa lagi...


Jumaat, 3 Oktober 2014

Maruku Marvellous Ranggup Tradisional Aku...

      Fuhh! Omputeh lah sangat! Ni hah! Maruku Marvellous Rangup aku..dah siap untuk Raya Haji ni. Raya Puasa dulu tak sempat nak buat, baru ni la aku dapat membalas dendam sebab tak sempat buat masa Raya Puasa hari tu. Maruku ni aku pernah buat dulu, so resepinya tetaplah resepi Mak aku punya dan insya allah tak akan aku tukar resepi orang lain sebab Maruku Mak akulah terbaik!!! pada aku lah ye..he..he.. Tapi kalau korang tak percaya cubalah! banyak orang yang dah makan Maruku ni..memang cakap sedap beb! yang penting rangggggup!! bukan keras ye! ranggup! Layan Album Maruku aku ni ye..


Ni la Maruku Mak aku!..

Banyak gak dapat untuk satu adunan tu..


Bahan2:-

1 pek tepung maruku
½ pek tepung pulut
1 pek rempah kari
1 biji telur
2 sudu besar margerin cair
1 biji kelapa ( ambil santannya )
sedikit jemuju
sedikit bijan
garam & gula secukup rasa
daun kari yang digoreng ( saja nak bagi bau bila letak dalam botol yang diisi maruku tu )

Cara2:-
    Campur semua bahan kering, masukkan santan gaul hingga sebati.. tengok lah..agak2 sampai doh senang nak dimasukkan dalam acuan & senang nak tekan acuan cukuplah.

Ni hah..masuk semua bahan..gaul sampai rata..

Masukkan Mentega yang telah dicairkan..

Gaul sampai sebati macam ni hah..

Agak2 senang nak tekan cukup lah..

Tada!!! dah siap Kuih Maruku Marvellous aku ni..


Bye2..

jumpa lagi..