Pengikut

Memaparkan catatan dengan label TINA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TINA. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Hari Sukan Abby 2014

      20hb April 2014 yang lalu hari Sukan Abby. Temasya Sukan Tahunan Sekolah Rendah Islam Mus'ab Bin Umair yang berlangsung di Kompleks Belia & Sukan Kg. Pandan. Alhamdulillah walau pun hari redup macam nak hujan tapi sempat juga semua acara berlangsung..cuma waktu penyampaian hadiah je hujan pun turun dengan lebat.. Ramai ibubapa yang hadir untuk memeriahkan Temasya Sukan tersebut disamping memberi sokongan kepada anak masing2 termasuklah aku & kakak2nya.
      Abby terlibat dalam 3 acara, tapi menang 2 acara sahaja.. itupun alhamdulillah..sudah mencukupi..janji Abby dapat juga terlibat dalam majlis sukan Sekolahnya ini.. Terima kasih Cikgu!!! Layan Album aku ni ye..


Banner Temasya Sukan SRIM 2014

Abby mendapat sokongan dari kami semua..


Abby rumah biru tahun ini..

Khemah rumah biru..

Khemah rumah sukan tercantik tahun ini..

Rumah biru mendapat perbarisan terbaik tahun ini..hu..hu..

Perbarisan rumah kuning..

Comel kan?!!!

Perbarisan rumah hijau..

Perbarisan rumah merah..

 Abby masuk perbarisan Briged Mus'ab bin umair..hu..hu..






Time utk tukar baju sukan pulak..

 Abby dalam acara 4x100 meter..tapi rumah biru kalah...hmmm.

Abby menunggu giliran utk acara bawa bola dalam sudu berhalangan..menang no 1..yeyyyy.

Ni la aksi Abby..


Tahniah SRIM..

Bye-bye..






Rabu, 19 Februari 2014

Abby teringin jadi kecil semula kot?!




Rabu, 13 November 2013

Simple Kek Tiramisu Utk Birthday Abby & Mak.

      Simple Tiramisu Cake ni aku pernah buat dulu masa Birthday Ayah & Shasha..lama dah tak buat Kek ni. 6th November yang lalu Birthday Abby & Mak..so aku pun merajinkanlah diri untuk membuat Kek Tiramisu ni.. Resepi Kek ni bolehlah tengok link kat sini yeh..


Tiramisu Kek aku.
Jgn pandang rupa tau..Ni tangan cucu2nya la ni..
 

Mak & Abby..










Dah buat tgh malam..ni la jdnya..

Selamat hari lahir... 

Hadiah dr Baba Abby..mcm x caya je..


Jumpa lagi!!!



Isnin, 28 Oktober 2013

Simen Abby kena tukar!!!

       Arhhh! Simen di tangan Abby kena tukar pulak..! Hmmm... disebabkan imbasan X-ray menunjukkan Tulang Abby tak bercantum elok lagi walaupun sudah dua minggu Abby memakainya, Doktor membuat keputusan untuk membuka semula Simen yang lama itu, kemudian pasang yang baru. Lagipun Simen lama tu dah retak dihujung & di siku Abby..budak la katakan..mana nak duk diam, tu la jadinya..

Abby relaks je..dah tak takut nak kena Simen.. 


Lepas menunggu lama kat Hospital tu..ni la upahnya..



Sabtu, 12 Oktober 2013

Abby Beraya Dengan Tangan Simen..

      Abby Raya Haji dengan tangan bersimen?!!! Sebenarnya dah 2 minggu Abby jatuh waktu aktiviti Persatuan di sekolahnya. Waktu tu tengok keadaan dia macam ok je so ingat tak de apa2 la yang serius. ( Abby memang jenis diam, sakit pun suka menahan je, orang buat dia pun dia diam je tak pun melopong je dia.. hmmm..risau lak ) Lepas tu, alih2 lepas 2 minggu tengok keadaaan tangan dia macam tu gak, huh! tak boleh jadi ni.. terus bawa Abby ke Hospital bahagian kecemasan. Doktor tengok je terus suruh pergi x-ray, apalagi.. kena simen la Abby...
       Mulanya bila aku kata nak ke Hospital check tangan dia je..dah gundah hatinya..kesian lak. Tapi bila aku terangkan satu persatu prosedurnya, ye la x-ray tu tak sakit macam ambil gambar je, lepas tu simen tu umpama macam dia tengok aku letak Krim atas Kek la, sejuk je.( ha..ha..samakan dengan kek lak) baru la Abby ok.. Dua minggu lagi jumpa Doktor, harap tangan Abby memberi respon yang baik. Semoga cepat sembuh Abby sebab tak lama lagi nak Periksa Akhir Tahun ni tau... love u sayang ummi. 

Wajah Abby selepas simen

Sewaktu Pegawai bertugas memasang simen di tangan Abby..




Selasa, 23 April 2013

Sukan Tahunan SRIM Desa Melawati 21hb April 2013


       'Satu sukan, satu murid' itu yang pihak Kementerian & Sekolah cuba untuk laksanakan di Sekolah2. Iye ke?!!! Hmmm...untuk murid2 yang macam anak aku ni..tah la. Yela Abby tak macam kakak2nya, tak macam rakan2 kelasnya yang lain, pandai, aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Abby memang aktif tapi apabila dia bersama keluarganya atau kenalan aku di tempat kerja (sebab memang disitu la mereka duduk sehingga aku habis kerja) atau apabila berjumpa dengan sepupu-sepupunya. Mungkin sebab dia dah biasa atau lebih mengenali kami lebih rapat berbanding dengan kenalanya di Sekolah. Macamana nak definasikan Abby ni yeh!...Abby suka buat hal dia sendiri, tah la..aku tak tahu macam mana dia di Sekolah, tapi aku dapat bayangkannya. Walaupun Cikgunya pernah berkata abby ok je, selain dia lambat nak salin apa yang Cikgu tulis di Papan Hitam serta habiskan kerja Sekolah dia.. dia memang buat hal dia sendiri..tu yang membuat hati seorang ibu ini risau..tah mana dia pergi? rehat dengan siapa? ada ke dia best friend? ada ke bebudak yang menggangu dia? dia tak pulak pernah mengadu apa2..sedih pulak hati ummi ni.
      21hb april 2013 yang lepas hari sukan Sekolah dia, Abby langsung tak ambil apa2 bahagian. Yela tahun ini Abby dah tahap 2, dah tak ada dah acara yang macam susun menara ke, isi air dalam botol tu semua. Mungkin Cikgu2 tgk dia lambat kot, pastu tak boleh bawa kemenangan untuk Rumah Sukan mereka, sebab tu la murid2 yang macam Abby ni tak berpeluang nak bersukan yang hanya setahun sekali tu! Tahun2 sebelumnya ada gak Abby masuk, paling2 pun satu acara, tak la dia merasa terpinggir & merayap sana-sini dan yang penting dia tak menyebabkan rumah sukan mereka kalah okay, sebab terbukti dia menang juga! Aku faham la...pada Sekolah2 yang bilangan muridnya ramai, memang la tak kisah kalau anak2 kita tak ambil bahagian atau mewakili  rumah sukan mereka, tapi Sekolah ni bilangan muridnya tidak ramai, murid yang lebih kecil pun terkedek-kedek lari boleh masuk acara atau masuk kawad. Paling2 pun lari dalam guni tu ke, lari berhalangan tu ke, kan Abby pernah masuk semua acara tu?! Hmmm...tak pe la yang penting anak aku beriya-iya bangun pagi, sebab 'nak juga pergi Sekolah sebab hari ini ada sukan ' katanya..yang penting semangat nak bersukan dan berada bersama rakan2 di hari sukan Sekolahnya masih ada. Aku sebagai Ibunya serta kakak2nya juga akan tetap bersama, menyokong, membantu dan membimbing Abby dalam meneruskan perjalanan untuk mencari tempat di dunia dan di akhirat nanti selagi terdaya...inssyaallah. Layan je la gambar2 ni ye...

Abby breakfast dulu ye..nanti nak sorak kawan2.


Abby: "mana diorang ni?"

Amboi cekak pinggang! apa yang di fikirkan tu yeh?! agaknya..."ini aku pun ble buat apa!" he..he..

Abby: "meh la abby ganti!"

Ketua rumah sukan membawa Bendera rumah sukan masing2.
 


 Acara pertandingan kawad.
Rumah Kuning.


Rumah Merah.


Rumah Biru.


Rumah Hijau..Rumah Abby ni..
 


Khemah Rumah Hijau & Biru

Khemah Rumah Merah & Biru

Khemah Rumah Merah.