Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2015

Ke Seoul Garden lagi!

      Salam jumaat semua, hari ni anak aku balik yeyyyyyyy! balik hujung minggu je..hu..hu. Bila anak2 nak balik cuti ni, kami mak2 ni start la kan fikir nak buat apa nanti, betul tak?! Sebab terfikirkan dia duk sana, makan minum dia kan, tah teratur ke tak. So bila balik sekali sekala cam ni, aku nak la masak @ buat benda yang dia tak dapat kat sanakan! Teringat sebelum last dia nak balik cuti yang lepas dia dah cakap dah, kali ni dia balik dia nak makan kat Seoul Garden lagi! adusss! Dah syok la tu makan kat situ dulu.     Memanglah syok dengar nak makan kat situ..tapi rm..rm..he..he. Alhamdulillah ada rezeki kami waktu itu, Abby pun tak pernah pergi lagi, jadi kesana lagilah kami. Balik kali ni dia tak cakap lagi nak apa2..so kita tengok je lah nanti ye.. Layan album kami ni lagi ye..


Jom Serang!



Beria-ia abby masakan untuk kakak2nya

Muka eksen abby

Tak sangka banyak gak abby makan..



Dah makan tengok movie lak dgn budak tempat kerja sorang ni.





Jumpa lagi..


Ahad, 29 Jun 2014

BerTransformers dengan anak2 & anakbuah jap!

      Assalammualaikum...demam Transformer start da ni! Anak2 aku dah cakap 'walaupun dorang ada di hostel bila Filem Transformers start je ummi jangan pergi dulu yeh!' tunggu dorang balik baru pergi tengok. Masalahnya...tiket habis sokmo! Beratur macam nak ambil Bubur Lambuk lak. Yang dah booked online lain..yang tak book lagi pastu beratur panjang lain! Tapi akhirnya dapat juga Tiket walau duduk 4 baris dari Screen..fewwwwh!!! Kalau tak..ada lak yang tak nak balik Hostel ni. Hmmmmm..korang layan Filem Transformers tu sendiri je ye! 
      
                                







Bye-bye!



Khamis, 15 Mei 2014

Godzilla

   
   Semalam aku tengok filem godzilla..salah satu filem yg aku nantikan tahun ini.. Aku masih ingat lagi filem Godzilla yang lama dulu..best woo..aku memang suka cerita tu. Skrip yang aku paling ingat dalam cerita tu ialah "gojira" scene masa orang jepun tu cakap dia nampak Godzilla..masa tu dia kat hospital sakit jiwa ke apa tah..tak ingat la..
      Tapi Godzilla semalam kelakar la..baik lak Godzilla tu siap tolong manusia daa! Pastu tengok Godzilla tu lawan dengan Muto tu rasa macam tengah tengok cerita Ultraman lak.. Lambat lak tu Godzilla tu nak kuar..skrip pun tak kuat beb.. Apa pun bolehlah untuk menghiburkan & melupakan masalah sekejap..ha..ha..








filem yang bakal  kami 
tonton..




Khamis, 10 April 2014

Captain America VS Zombi Kilang Biskut..

       Assalammualaikum... Sebenarnya tak de vs..vs der.. Cuti Sekolah bulan Mac yang lepas punya cerita la ni..cerita pun dah lama habis kat panggung..he..he. Anak2 la..berebut nak tengok Wayang.. Seorang nak tengok Captain America...seorang lagi nak tengok Zombi Kilang Biskut..penyudahnya aku bawa tengok dua2 sekali..senyap pun! Anak2 punya pasal..yang mak ni sedaya upaya la memenuhi kehendak anak2 tu..walau pun tengok cerita yang tak memenuhi citarasa maknya..esok bila maknya dah tak berupaya lagi camne la agaknya anak2 ni melayan maknya..ye tak?! 
     Mula2 tengok Zombi Kilang biskut..aduh! tak menggeletek hati aku langsung..tau dah cerita tu mengarut..tapi ni skrip pun tah la! Scene2 yang tak perlu pun banyak..macam saje je nak panjangkan cerita je.. Zombi Kampung Pisang dulu tu mengarut2 pun best gak..boleh gak tengok berkali-kali..ini..macam hampeh rasanya.. Hati aku tercuit untuk gelak hanya masa scene hantu tu je..yang rupanya tersalah kampung dah! kah!kah!kah! Tapi tak pe la..sebab dah tengok yang pertama kena la tengok yang kedua..last2 ada sambungan yang ketiga lak...hrmmm..kena tengok lagi!
      Nasip baik la lepas tengok Zombi tu tengok Filem Captain America lak, walaupun auta..yang penting kita terhibur.. Aku memang suka cerita2 yang macam ni..sebab masa kecil2 dulu berangan nak jadi Wonder Woman! nak selamatkan dunia la katakan..he..he..layan Album aku ni ye.


 Depan GSC IOI Puchong..
 

 

 
 

Abby masih lagi takut dengan org yg pakai kostum cam ni!!! 
hujung jari je dia pegang! adoyyai..

Bdk lelaki la katakan..relaks je!


 Scene dalam Filem Captain America
 

Ansem lak Buck kali ni..sbb rambut dia panjang kot! ha..ha..

Watak baru dalam Filem ni..

Watak2 penting dalam Filem ni..

    Poster Filem Zombi Kilang Biskut

 Dia ni mesti ada dalam cerita Zombi2 ni..

Watak Hantu betul2 mmg ada dalam cerita ni..
kali ni.. ni la Hantu yang salah Kampung tu!

 Watak Sofi Jikan dah tentulah jadi jahat kan!!

 Scene ni kena ada ke?!!

Terbaekkk..

 Bye-bye..




Selasa, 1 April 2014

And I Love U So - Part 2

Best Movie..


klik link di sini ye..

(Part 2) - Watch Full Movie Free - Philippines - Movie - Viki

And I Love U So - Part 1

Best Movie...



klik link disini ye..

(Part 1) - Watch Full Movie Free - Philippines - Movie - Viki

Jumaat, 15 Februari 2013

Hantu Kak Limah 2...Husin, Mon & Jin Pakai Toncit!

     Hantu Kak Limah2.. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit...amboi panjang betui tajuk ehh! Sempat gak la aku bawa anak2 menontonnya, sibuk sangat budak2 tu nak tengok Kak Limah la, nak tengok hussin la. Aku ni pun bawa la kat pot biasa aku.. IOI Mall Puchong. Hantu Kak Limah2 nyehhh!!! Mmmm... Kak Limah dah sihat dah pun, wataknya pun jadi biasa je le.. Hussin lak dah bankrup..ate..wataknya pun biasa gak la..kene sorok dek hantu ayu..tu.. tak de le jadi hero menyelamatkan keadaan cam 1st movie dulu.. Pastu rupa ketua Jin tu pula guna khidmat Komputer.. mhhhm..lemah da aku menengoknya.. Jalan cerita pun ringan je..Kak Limah 1st, walaupun kita tau dia tu orang gila, tapi plot2 cerita dia best gak, dengan watak anak Mamat Khalid yang asyik suka menembak tu.. bomoh dvd temberang tu, bomoh siam yang menjampi dengan perkataan ke! ke! ke! part kak Limah bertenggek kat jamban tu, part soley! soley! kesemua watak ada perananya yang berkaitan antara satu sama lain..kira..best la. Walau pun Hantu Kak Limah2 aku gelak gak...tapi ada sikit frust gak la, tak de la aku pergi menontonya 2x kat panggung macam Hantu Kak Limah 1st dulu..he..he.. Camner pun anak2 suka sangat, jadi aku pun suka juga la.. Tapi....terima kasih gak la kepada pengarah2 juga penerbit2 kita di Malaysia ni kerana tak putus asa untuk mengarah &  mengeluarkan filem lagi & lagi & lagi. Walaupun kekadang ceritanya tah apa2, tapi sekurang2nya ia dapat mewarnakan lagi industri filem kita..

 Poster Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..

 Tengok wayang kan..kena la ada Pop Corn..


 Arwah Pak Zami Ismail..Al-Fatihah..

Watak baru ketua Jin..Rashidi Ishak.
 

 Ah' wie..he..he..

Antara adegan dlm Hantu Kak Limah2..

Lawo dah Kak Limah ni..


Layan je la Trailer HKL2 ni..