Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2016

My Simple Bread Pizza

      Selamat pagi.......!!! Bangun! bangun ler! errr... korang dah bangun yeh?! maaf ye.. Assalammualaikum, Meh la sarapan sekali dengan aku ni! Aku buat bread pizza yang senang ni, ambil apa je yang ada dalam peti ais tu, masak je la.
      Cuti sekolah ni, anak2 ada kat rumah, perbelanjaan pun bertambah..hmmmm. Barang dapur pula tak banyak dah ni, tapi malas nak keluar rumah pergi beli barang tu..hu..hu. 
       Okay, layan Album sarapan sempoi aku ni ye..


My Simple Bread Pizza
 fuhh garing tu, makan kruk! kruk! bunyinya..

Bahan2nya:

- roti gardenia ( iklan sikit )
- sos spagetti Kimball ( iklan lagi )
- bawang bombay dicincang
- ayam atau daging cincang
- sedikit sosej ayam yang aku potong dadu (sebab ayam cincang aku sikit daa)..
- cili boh sikit (tekak melayu la katakan, mesti nak pedas sikit
- cheese mozarella secukupnya 

cara: (ala korang pun tau dah ni)

- tumis bawang yang dicincang tadi dengan sedikit minyak
- dah naik bau masukkan cili boh tadi goreng hingga cili tu masak
- masukkan daging cincang tadi, goreng hingga air daging tu kering
- masukkan sos spagetti kimball tu sikit
- letak perasa, biar kering seketika
- letakkan ayam tadi atas roti, taburkan cheese mozarella diatasnya
- bakar hingga roti tu garing atau kekuningan (ikut suka tekak korang la)

letak macam ni hah.

ni dah boleh bakar  dah ni


Tada! dah siap



Jumpa Lagi!!!


Sabtu, 5 April 2014

Fiske Steak House

      Assalammualaikum...Semalam berwestern lagi aku ni! tapi kali ni aku pergi dengan geng tempat kerja. Berjaya juga aku ayat budak2 ni supaya try makanan Western di Fiske Steak House tu..nasib baik dorang puas hati..harga pun ok kan?! kan?! kan?! Sampai situ dah pukul sepuluh lebih dah..punya la ramai orang makan waktu tu, maklumlah cukup bulan, orang baru dapat gaji la katakan, lama gak la menunggu. Dalam ramai2 orang kat situ, sekali jumpa Bos kami da..tengah makan dengan Family dia..apa nak kisah?! memang dia yang Recommend makan kat sini dulu he..he.. Korang pun cuba la try lak..macam ada saham kat situ lak aku ni..ha..ha. Layan Album aku ni ye..



Makanan kami dah sampai!!!
 

Fira & tunangnya ..

 Abby & Chicken Chop yang dia order..habiske tu?!!!
 

Ni Special Chicken Chop Fatin.. 
ada Spagetti & Coleslow lagi..

 Special Beef Steak..

 Mashroom Soup & Garlic Bread

 Breaded Chicken Chop Abby..

 Fish & Chip


 Roasted Chicken Fira..

  Special Lamb Chop..Akif.


Bye..bye..


Selasa, 18 Mac 2014

Top Steak House Western Food

      Top Steak House Western Food ni dekat Taman Sri Rampai. Banyak dah orang rekomen kedai ni, katanya 'ni kedai D'One yang dah tutup kat Taman Sri Rampai dulu tu". Kalau betul memang sedap la, aku memang giler kat Sos Black Pepper D'One tu. 
      Masuk je kedai tu..fuhh! terasa macam kat Australia lak..ha..ha..ala-ala Koboi gitu. Tempatnya menarik dan selesa. harga?!  hmmm...korang tengok sendiri la..kalau aku...sesekali boleh la kot.. Dalam Plate yang korang order memang meriah..macam2 ada..cuma..kecil beb Grill Chicken aku..ada la besar 1/2 tapak tangan aku..macam kena kerat je bahagian Ayam tu..Sos Black Peper dia sedap gak..tapi aku lebih prefer Sos kat Fiske, paling2 pun kat Deli, besar pun besar, harga pun boleh tahan..boleh la kalau sesekali nak tukar suasana. Layan Album aku ni ye..

Ni la kedainya..

Abby seperti biasa la..Mushroom Soup & Garlic Bread..
Anak aku kata Mushroom Soup dia sedap..lebih sedap dari PizzaHut..huh!!!

Suasana dalam kedai..


Grill Chicken aku..

Fish n Chips ..

Kalau nak Sos Black Papper ble la order..

Mushroom Soup..

Antara menu yang ada.. 



Bye-bye!!


Rabu, 12 Mac 2014

Fiske Steakhouse

      Assalammualaikum...hari ni aku nak share satu tempat makanan Western ni. Aku dah selalu dengar kengkawan duk cerita pasal tempat ni... Walaupun aku selalu lalu kat sini, tapi tak pernah lak aku singgah mencubanya..hari tu Shasha balik dari Asrama barulah aku berkesempatan mencubanya.. Memang bagai yang digambar...best! aku dah mark kedai Western ni sebagai salah satu kedai Western kegemaran kami sekeluarga. Harganya berpatutan, suasananya pun boleh tahan, walaupun ramai pelanggan tapi meja makan banyak tersedia..yang penting service dia cepat..so cepat korang makan..cepat la korang balik sebab orang lain nak duduk makan pulak..ha..ha.. Layan gambar Album aku ni ye..


Ini la kedainya..

Wajah2 lapar menunggu makanan..

Tada! sadap!

Hiasan lampu di bahagian dalam kedai..

Ni aku punya..Black Papper Beef Steak.

Fish & Chips

Chicken Chops with Black Pepper Sauce..

Ni Abby punya..Fries dgn Garlic Bread.

Ni hari lain lak aku pergi..

Ni hari yang lain lak..Shasha takde waktu ni sbb ada di asrama..

Grill Chicken with Black Pepper 

Erna punya la ni..tak habis2 Fish n chips.

Hmmm sedap!!


Bye-bye..
Jumpa lagi..




Jumaat, 31 Januari 2014

Gerai Makan Kegemaran Aku!!! Deli Muar & Gerai Sri Belangkas

       Gerai ini terletak di food court Desa Pandan, alaaa...satu jalan dengan Yong Tau Foo top kat Kampung Pandan tu! yang masuk Jalan-jalan Cari Makan tu! Bukan apa..berbelas tahun aku tinggal di Pudu, jadi memang laluan aku setiap hari. Western Food gerai ni biasa je..harga pun biasa je..tapi pelanggan memang ramai, hendak2 time hujung bulan, orang dapat gaji la katakan yang penting..sedap. Kalau bulan puasa lagi la..kadang kami tak sempat nak balik, tau la nak menempuh jalan Jelatik, pastu jalan Ampang, pastu menempuh jalan Pasar Ramadan Desa Pandan tu..makanya..terpasalah aku berbuka dengan Black Pepper Stick aku tu. Walaupun gerai ni dah berbelas tahun, dan dah bertukar pekerja, tapi masakannya..tak lari banyak rasanya..lebih kurang je..memang menepati citarasa aku & anak2..kurang-kurang sebulan 2 kali la aku makan kat sini. Walaupun ada banyak gerai yang menjual menu Western di Food Court ini, tapi gerai ini tetap menjadi pilihan kami, tukang masak gerai ini dah tau aku punya mesti ' Black Pepper Beef Stick' telur mata mesti masak garing2! Fuhh! Terbaekk! Anak2 punya biasa la..Fish & Chip & Sate. Tapi sekarang susah sikit..sebab aku dah pun berpindah, tapi tak susah, kalau dah teringin sangat aku pergi gak nanti.
      Untuk minuman senang je, gerai kat sebelah ada menjual minuman..' Gerai Sri Belangkas' Bukan itu saja.. gerainya juga menjual segala macam Burger, Spaghetti, Smoothie, Ais Blanded & macam2 lagi la yang ada. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan yang lain, sebab anak2 dah makan lak..he..he..layan je la gambar yang mana ada ni ye..


Ini la Gerainya..

Ok kan?!!!

Nasi Goreng Fish & Chip

Black Pepper Stick aku..

Inilah Gerai Sri Belangkas.



 Jumpa Lagi..


Jumaat, 8 November 2013

Orchid Bistro

      Assalammualaikum..hari ni aku nak share pasal tampat makan yang aku pergi ni... 1st time aku masuk Restoran ni, selalu lalu tengok2 je, bukan jauh pun..kat dalam Aeon Big Wangsa Maju tu je..saje je nak menerai. Tempatnya ok la..makan pun sedap, harga pun berpatutan, yang penting makanan cepat sampai beb! Paling best sekali, kadang kan korang lepas Shopping, pastu barang lak penuh dalam Troli tu?! nanti diorang take care korang punya Troli! siap susun lagi..sesetengah tempat tu Troli Tak boleh masuk kan?! Kiranya tempat ni masuk dalam list aku.. 'List tempat-tempat yang akan aku kunjungi lagi'  Apa pun enjoi!!!

Antara menu yang ada di Orchid Bistro..

Air sudah sampai!!!

Erna punya, Lemon Chicken (aku rasa la..lupa lak namanya..) 
dgn Nasi Putih..

Ni aku punya..Grill Chicken Chop with Black Paper Souce..

Shasha punya..Chicken Chop dgn Sos Black Paper..

Abby?! mana2 pun cari Fun Fries & Nugget je!


Okay la kan!!!
Jumpa lagi..