Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Desserts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Desserts. Papar semua catatan

Khamis, 8 Disember 2016

Creme Brulee

      Selamat petang semua, huaaaah! di petang yang dingin ni, rasa mengantuk pula. Kalau tidur ni mahu terlajak pula sampai pagi esok kan?! Tapi kalau tak tidur, rasa lapar pula! Godek punya godek tengok apa ada dalam peti ais tu, sekali, apa pun TIDAK ADA!!! Yang ada telur dan susu je?! huhhh! bancuh susu dengan telur nak?! lepas tu minum, uhhhh.. tu tak mungkin terjadi! ehh! ada whipping cream la.. jom buat ni, Crema Brulee, tapi bahasa melayu dia apa ekk?! Entoh! Jom layan Album aku ni dulu..

Creme Brulee Aku


Creme Brulee aku

bahan2:

- 200ml susu segar
- 200ml whipping cream
- 1/4 cawan gula ( aku rasa banyak ni perfect dah )
- 2 biji telur
- 2 biji kuning telur sahaja
- 1 sudu kecil asen vanila
- sedikit garam
- gula untuk tabur atas creme brulee tu nanti 

cara2:

- campurkan semua bahan diatas, kacau sebati sehingga gula tu larut je ( tak perlulah kacau kuat bagai macam nak buat kek tu pula kan?! )
- tapiskan adunan tuang dalam bekas remekin sehingga 3/4 penuh je
- bakar 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2 ( aku lepas 20 minit bakar tu aku goyang2 sikit bekas tu, agak macam semua dah pejal ok dah la tu )
- bila dah masak tabur gula atas dia, hidupkan api torch tu bakar gula sehingga gula tu perang.
- lagi sedap makan bila baru keluar dari peti ais, lepas tu baru tabur gula tu then bakar pakai api torch tu

* sebelum aku ada torch tu, aku bakar gula atas tu pakai oven tu juga, tapi bakar pakai api atas je
* kadang2 aku malas pasang oven, aku panaskan kepala sudu besi tu, dah panas, belakang sudu tu aku oleskan atas gula yang ditabur tu, buat sampai semua gula tu terbakar perang
* sekarang dah ada api torch tu, apa lagi zerrrrrrr je la



Tada dah siap!




Jumpa Lagi..


Selasa, 18 Oktober 2016

Agar-agar Puding Roti

      Jom makan jap! Petang-petang ni rasa lapar pula. Nak makan makanan berat, rasa bersalah lak, sebab belum time makan malam kan?! he..he.. Oleh itu aku sediakan khas makanan yang membuat aku rasa tak bersalah nak makan petang-petang ni (nak sedapkan hati). 
      Tada!!! Puding Roti aku. Mengikut nota resepi aku ni, resepi aku ambil dari Hana..tapi Hana mana, aku tak tulis lak..maaf ye tuan punya resepi. Sebab dah kumpul resepi ni lama dah..minta halal ye. So layan Album aku ni ye..


Agar-agar Puding Roti



Agar-agar Puding Roti

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak manis - tapi pada aku ni dah ok dah)

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)


2 sb mentega
1 sk esen vanila

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. 

Masuk dan corakkanlah mengikut kesukaan anda ye. Tunggu sejuk dahulu, kemudian bolehlah di simpan di dalam peti sejuk.


Ni aku punya Agar-agar Puding Roti



Jumpa lagi!!!



Sabtu, 28 Mac 2015

Cream Brulee Lagi!

      Jom makan pencuci mulut jap! Cream Brulee lagi! Amboi berdessert omputeh lak ye. Ala..sebab senang je nak buat dia, Tu yang terjadi lagi ni..he..he. Kali ini aku try resepi yang lain pulak, sedap juga lebih lemak & berkrim. Tapi aku rasa...hmmm aku lebih suka resepi Cream Brulee yang pertama kali aku buat dulu kot, sedang2 je rasanya. So lepas ni kalau nak buat Ceam Brulee lagi, aku akan guna resepi paveret aku la, yang pertama dulu..he..he.. Layan Album aku ni ye.

Cream Brulee aku lagi


Cream Brulee Aku

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
Sumber: Buku Food Lovers : Dessert

200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Gula untuk ditabur di atas creme brulee


Cara-cara:
- Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen    vanilla. Biarkan suam sebentar.
- Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
- Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu       dan kacau sebati.
- Tapiskan.
- Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
- Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
- Bakar kira-kira 15-20 minit.
- Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
- Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch      dengan api yang sederhana hingga gula caramelized.
- Cara lain- masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke  dalam oven dan gunakan api atas sahaja. Bakar hingga gula  menjadi  perang (caramelized)



Ni adunan yang dah siap ditapis dalam bekas Remekin tu.

Baru keluar dari Oven.panas! panas!

Tabur gula pasir & sedikit serbuk kayu manis
bakar lagi sehingga gula cair jadi karamel


Jumpa lagi..



Sabtu, 7 Februari 2015

Mini Pavlova aku

      Selamat petang, hari ini aku mencuba untuk membuat Pavlova. Asyik duk beli orang punya je, benda favorite..sedapkan?! tak cukup! makan tak puaslah ha..ha. Resepi dah google merata-rata.. tapi buatnya tak gak..he..he. Hari ni barulah aku berkesempatan membuatnya... hmmmm..nikmatnya Allah..buat sendiri kan..dapat banyak woo..lepas tu suka hati akulah kan nak letak apa untuk hiasanya..he..he. Resepi Pavlova lebih kurang je semuanya, cuma manisnya lah korang adjust ikut tekak korang..dalam banyak2 resepi yang aku google tu aku mencuba resepi ini..tapi aku tak tau la siapa tuannya..sebab dah lama sangat aku kumpul he..he. Layan Album Pavlova aku ni ye..


Mini Pavlova aku hu..hu.




Bahan-bahan
4 biji (120 grams) telur putih
1 cawan gula kaster (aku kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka makanan
1 sudu makan tepung jagung

Topping:
1 cup (240 ml) non-diary whipping cream

Cara buat topping
 Pukul non-diary whipping cream sehingga kembang dan gebu.

Cadangan buah-buahan untuk hiasan
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda

Cara membuat Mini Pavlova
Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
1.   Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
2.   Tuangkan atas acuan kertas kecil2
3.   Panaskan oven pada 200 darjah C
4.   Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk. (tp bergantung pada oven masing2 ye)
5.   Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.


Putih telur yang dah kembang

Aku buat bentuk mcm ni..senang nak ngap!

dah masak garing

Letak krim

hias dengan buah2

Tada! dah siap








Jumpa lagi



Selasa, 20 Januari 2015

Cream Brulee Aku

      Assalammualaikum...hari ni aku buat Cream Brulee. Salah seorang Boss aku tu suka sangat makan benda ala2 Puding2 ni, apatah lagi Cream Brulee ni. Asyik cakap kat Secret Recipe tu sedap sangat2, tension aku dengar..ha..ha.  So aku plan nak buat untuk dia masa Birthday dia nanti..tapi masa tu aku tak sempat nak buat Cream Brulee ni, aku hanya buat Puding Pandan je untuk dia. Tapi next weeknya aku buat juga untuk dia..dah niat kan. So masa tu lah 1st time aku buat Cream Brulee ni, tapi lupa lak nak ambil gambar bagai..aduh! 
      Bila aku bagi je dia benda ni, aku cakaplah kat dia sebenarnya saya nak buat Cream Brulee ni untuk Birthday dia hari tu, tapi tak sempat lak. Member nak menangis terharu, sebab ada orang nak buat Cream Brulee ni untuk Birthday dia! kami ni semua dah beransur menua tu yang taching sangat he..he. Nasip baik dia suka..sedap katanya..alhamdulillah. 
      Resepi aku google je..lebih kurang sama diantara bloger2..cuma tang gula & cream lah ikut kemanisan & kelemakkan yang korang suka. Cumaaaaa....aku tak ada api touch tu hwaaaaa! so aku masuk dalam oven balik untuk cairkan gula tabur tu.. Secara keseluruhannya Cream Brulee aku ni...suksesssss beb! banyak yang suka..ni dah kali keberapa dah aku buat Cream Brulee ni. Cer try! he..he. Layan Album aku ni ye...
      

Cream Brulee aku..


Bahan2:
4 biji kuning telur
2 sudu besar gula kastor
600ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:- 
pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

Aku pakai 5 biji telur kuning sebab telur kecil daa..
kacau sebati sikit2 je..

Cream yang dipanaskan tadi..

Tapis dalam acuan..

Dah siap bakar..camni la..


Tabur gula diatasnya

Aku memandai-mandai campur gula putih tu dgn sedikit gula perang & serbuk kayu manis sikit..he..he.

Tada!!! dah siap..

Kawan2 cakap sedap je! hu..hu..


Bubuy!!!