Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2016

Seoul Garden lagi!

      Cerita hari ni..seperti yang dijanjikan dengan Abby nak bawa dia makan dekat Seoul Garden bila birthday dia nanti. Tempat paling dekat yang ada Seoul Garden, Setapak Central je la. Happy belated Birthday Abby.. Maaf abby lepas dua hari baru kami sambut birthdaynya, maklumlah tunggu Ummi cuti dulu baru pergi kan?!       
 Aku biasa juga makan disini, sebab anak-anak memang suka makan dekat sini, mereka boleh pilih apa yang mereka suka, kemudian masaklah macam mana pun, makanlah banyak mana pun. Nak bakar ke, nak rebus ke, ikut tekak merekalah. Tapi sesekali bolehlah pergi sini, kalau selalu memang tidak dapatlah, botak makcik you!  Layan Album Seoul Garden aku ni lagi ye..



     Alhamdulillah syukur nikmat Allah..




Favorite dia la tu..



Jumpa Lagi..




Sabtu, 28 Mei 2016

Happy 23rd Birthday Ain!

      Assalammualaikum dan selamat berhari minggu semua. Apa rancangan korang hari ni? Aku  tak rancang apa2 pun lagi, hanya nak bermalas-malas je duk rumah kot. Sebelum aku mulakan aktiviti hari ni..aku nak update jap cerita harinjumaat lepas, pasal kami sambut birthday rakan sekerja kami ni. 
      Ni kali kedia kami sambut birthday dia di sini sejak dia mula Bekerja dgn kami..tahun depan tak tau la ada ke tak dia di sini..maklumlah dia ada diploma dlm nursing, so satu hari nanti dia mesti nak berkerja di Hospital juga ekk?! 
      Tak pe lah, tu kita fikir kemudian..la ni kita sambut je dulu birthday budak ni kat sini dulu. Hari tu salah seorang bos kami belanja makan KFC, aku buatkan dia kek simple je.. kek Coklat Kukus dengan Cheese Cocktail Cream..resepi aku ambil dari blog izzah muffin lover..nanti aku letak link dia kemudian ye..aku tak reti daa nak letak link guna HP ni..heeeeee. 
      Layan Album aku ji dulu ye..

Happy birthday to ain
 
   






Ni dulu dan sekarang.


Jumpa Lagi...


Jumaat, 13 November 2015

Happy Birthday to Me!!!

Assalammualaikum...  Happy birthday to me!! Alhamdulillah..kerana masih diberi kesempatan untuk berada dibuminya ini. Terima kasih Allah kerana walaupun serba sederhana..tapi aku bersyukur kerana diberi kesihatan dan kehidupan yang baik disamping keluarga serta rakan2 yang sentiasa memberi sokongan serta saling ingat mengingati antara kami.
Rezeki hari ni..kedua-dua bos belanja makan hari ni..hu..hu..terbaiklah! Semoga kalian murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah hendaknya aamiin.. Layan Memiri aku hari ni ye..

Bos dan staf..bergabung..meletop.. He..he..


Kami Scorpion woman tau..
Celebrate sekali la tu..



Makanan kami..banyak woo..kenyang sampai malam tu..


Jumpa Lagi!! 


Rabu, 21 Oktober 2015

Red Velvet Cake untuk Birthday Ayu

      Assalammualaikum, sebelum masa lerlalu lebih lama lagi, aku nk update jap sekitar Birthday kawan ni. 12hb oktober hari tu bday dia, so aku buatkanlah dai sebiji Kek Red Velvet. Buat pun gesa2, sebab tak de masa sangat, so ini jela yang termampu tangan aku buatkan.
      Resepi red Velvet ni yang biasa lah aku suka tu, senang dan sedap. Setakat ni aku tak bercadang pun nk try resepi lain, sebab yang ni memang anak2 dan kawan2 semua suka. Kecuali krim tu je la aku duk tukar2 sebab ada yang suka campuran whipping krim dan cheese, ada yang suka butter dengan cheese, so aku nanti akan tanya la org nak yang mana. Ok layan Album aku ni dulu ye. resepi klik je la ye di sini.


Happy Birthday Ayu..

Red Velvet Cake aku..

Ayu dan Boss daa.. Dr Ina












Ok..Jumpa lagi..


Rabu, 4 Februari 2015

Green Velvet Cake untuk Ayah & Shasha

      Selamat petang kengkawan..hari minggu yang lalu kami menyambut Birthday Ayah yang ke 73 tahun serta anak kedua ku yang lahir pada bulan Januari juga. Alhamdulillah.. walaupun ayah semakin uzur tapi kami bersyukur ayah masih bersama kami lagi..terima kasih Allah. Disebabkan ramai gak anak buah yang ada waktu itu..So kali ini aku nak buat Kek yang besar sikitlah, Green Velvet Cake bertingkek-tingkek! Ha..ha.. Taklah..2 tingkat je. Resepi Red Velvet Cake yang biasa aku buat tu la..cuma colour je aku tukar ke warna hijau..rasa tetap sama beb! so sadap & so moist & so creamy! Layan Album birthday aku ni ye..


Green Velvet Cake aku..

Birthday Ayah & Shasha memang selalunya kami sambut bersama..

Ni la 1/4 daripada cucu2 Ayah


Adik pun buat Kek juga..Devil Chocolate Cake Ct




Proses mengukus

Proses meletak krim

Tada!! dah siap!
 inilah hasil dari tangan tak berseni ku..he..he.








Jumpa lagi..



Selasa, 23 Disember 2014

Seoul Garden Fastival City

Assalammualaikum.. Hmmm Seoul Garden di Fastival City ni aku pergi masa bulan November yang lalu. November kan birthday aku..so budak klinik ni offer nak belanja aku makan di Seoul Garden. Aku apa lagi...yes! dengan besar hati menerimanya. Tapi..tempat apa ni?! Makan macam orang2 Korea tu ke?? Ohh! tidak! Mendengarkan namanya je aku dah terbayangkan makanan mereka yang rebus2 tu, yang bermacam-macam sos tu, tak pedas lak ke..uhhhh..sedangkan banyak benda yang aku tak makan dari makan kan?! Rupanya macam makan Steamboat daa... Bayar ikut kepala..buffet la tu, ambilah apa yang korang nak makan selagi terdaya. Segala benda ada, nasi/mee goreng, semua sea food, ayam/daging yang diperap dengan macam2 perasa, sayuran, air2, aiskrim & macam2 lagilah. Lepas tu korang rebuslah dalam sup mcm tomyam tu, kalau tak nak rebus bakar je la. Ahhh...Sedapnya..sekali sekala nanti bolehlah datang sini lagi..korang pun boleh try la ye.. Layan Album kenangan birthday aku ni ye.

Kebetulan 2 anak daraku ini cuti..so aku bawa la dia sekali..tapi yang ni aku kena bayar sendiri la..

Lepas perut dah kenyang..kami tengok wayang la.pulak..

Terima kasih kat mek ni..sebab belanja aku..Hu..Hu.


Ni mmg favorite dia la ni..














Jumpa lagi..